Strok Haba!! Apa Yang Perlu Anda Tahu

Assalamualaikum..

  Sebenarnya da lama saya nak kongsikan tentang info pasal heat stroke ni ataupun dalam bahasa melayu kita panggil strok haba memandangkan cuaca kita sekarang agak tak menentu. Cuma kerana blog pun lama tak dijenguk, maka post ini pun tertangguh :P

  Rasa banyak artikel tentang strok haba ini dikongsikan dimana-mana blog. Infact dalam rancangan Malaysia Hari Ini (saya tak ingat siaran bila) ada dibincangkan tentang strok haba. Jadi secara ringkasnya, ini yang dapat saya kongsikan mengenai strok haba. 

 Apakah dia Strok Haba??

  Strok haba berlaku apabila suhu badan kita mencecah 40.0 darjah celsius. Untuk suhu badan manusia yang normal, rangenya adalah 37.0 darjah celsius. 

Apakah tanda-tanda awal strok haba?

  Simptom yang pertama, mereka yang terkena strok haba akan mula berasa sakit dan pening kepala. Ini diikuti pula dengan simptom-simptom seperti badan kurang berpeluh walaupun cuaca amat panas. Tanda awal lain strok haba ini, otot menjadi kejang, muntah, kulit kemerahan dan terasa ingin pitam.

Apakah kesan strok haba?

  Suhu yang terlalu tinggi akan menyebabkan komplikasi kepada saraf otak dan mungkin boleh membawa kepada kematian.

  Punca strok haba?

  Dikaitkan dengan pendedahan kepada suhu atau cuaca yang panas terlalu lama. Kurang minum air juga dikaitkan dengan strok haba kerana mengalami dehidration.

Bantuan untuk yang mendapat strok haba

  Pastikan kita menempatkan pesakit ditempat yang teduh dan sejuk. Jika badan pesakit terlalu panas, lapkan badan pesakit dengan tuala basah. Kita juga boleh rendamkan pesakit dalam kolam untuk seketika bagi menurunkan suhu badan pesakit. 

Cara mengelakkan strok haba

  Satu cara yang paling mudah adalah dengan pastikan minum air masak 2.5liter setiap hari. Jika kita kurang minum air masak, badan akan mudah mengalami dehidrasion. Amat digalakkan jika kita minum minuman isotonik yang dapat mengurangkan dehidrasi tubuh.
     
Performance Drink Shaklee


  • Merupakan minuman isotonik yang membantu meningkatkan daya ketahanan badan dengan menggantikan air yang hilang dengan cepat
  • Membekalkan tenaga dan ketahanan fizikal dengan mengimbangi dan membekalkan eletrolit dalam tubuh. 
  • Mengurangkan kehausan
  • Mengekalkan paras gula dalam darah
Menariknya performance drink ni, kanak-kanak yang berumur 1 tahun ke atas dah boleh minum. Ia tidak mengandungi pewarna dan perasa tiruan. Harga satu canister cuma RM82.50 sahaja dan ia boleh dikongsi untuk seisi keluarga.

  Jaga kesihatan anda terutamanya dikala cuaca tidak menentu khususnya kesihatan anak-anak kita. Adakalanya anak-anak tak tahu nak cakap pada kita yang badan mereka panas, jadi sebagai ibubapa, kita kena pastikan anak kita minum air yang cukup setiap hari.

  Jika berminat untuk rasa performance drink ini, anda boleh terus hubungi saya ataupun klik link dibawah untuk pembelian secara online ;)


Salam Sayang,











**  These statement has not been evaluated by Food and Drug Administration. This product are not intended to treat, diagnose, prevent and cure any disease. 

0 comments:

Post a comment