Everyday Is a Blessing from Allah...

Assalamualaikum..

  Bulan Januari sudah hampir sampai ke penghujungnya. Cepat sungguh masa berlalu..sepantas itu juga promosi Vivix, Alfalfa dan Vitalea for Kids Shaklee akan berakhir tak lama lagi. Syukur dengan promosi vitamin-vitamin ini, saya dan pengedar Shaklee yang lain dapat membantu insan-insan yang ingin sihat.

  Bila ingat balik segala perkara yang berlaku disepanjang bulan Januari, atau perkara-perkara yang berlaku yang telah lepas, saya amat rasa bersyukur pada Allah kerana Allah telah merencanakan sesuatu itu seelok-elok perancangannya. Alhamdulillah, perjuangan saya dalam Shaklee untuk tahun ke 3 mula membuahkan hasil. Syukur kerana Allah memberikan rezeki yang lebih pada saya untuk berkongsi manafaat vitamin Shaklee pada semua.

  Bulan Januari juga, genaplah usia anak kesayangan Amna 3 tahun. Syukur kerana Allah mengurniakan saya seorang anak yang menjadi kekuatan saya untuk meneruskan hidup, meneruskan perjuangan saya dalam Shaklee dan meneruskan kerjaya saya dalam bidang kajian klinikal. Anak yang menghiburkan saya ketika saya berduka, memujuk saya ketika saya menangis malah kerana dia saya masih mampu tersenyum walaupun berdepan dengan kesukaran dalam hidup.

  Syukur juga pada usia 3 tahun ini, Allah masih memberikan rezeki untuk saya menyusukan Amna. Terima kasih ya Allah atas rezeki ini. Terima kasih Shaklee kerana membantu saya meneruskan penyusuan susu ibu dengan bantuan vitamin Shaklee dan Shaklee juga yang membantu Amna untuk kekal sihat. Rupanya pembabitan saya dengan Shaklee adalah seusia Amna. Saya boleh katakan Amna adalah duta kecil Shaklee saya, dia yang akan menemani saya menghantar vitamin ke customer setiap setiap kali jika ada permintaan vitamin Shaklee dikawasan berdekatan. Thank you Amna..thank you Allah for giving me the most precious gift.

Amna turns 3 on 20 January

  InsyaAllah dengan pembukaan tahun baru ini, saya akan lebih kuat menghadapi dugaan yang mendatang. Everyday is a blessing from Allah..everyday is an oppurtunity for me to became a better chalifah and everyday makes me even stronger than before..Terima kasih pada semua yang sentiasa menyokong saya. InsyaAllah moga saya akan menjadi insan lebih baik dari sebelumnya...Amin...

Salam sayang...



1 comments: