Ulser Mulut..Punca dan Cara Mengatasinya..

Assalamualaikum..

  Pernah tak anda mengalami ulser mulut seperti gambarajah disebelah. Rasa dalam 2weeks back, saya kena ulser mulut ni. Bagi yang pernah merasa memang tau la betapa pedih dan sakitnya bila kena ulser mulut. Ada yang sampai tak boleh makan bila ulser dah pecah.

 Pengalaman saya bila masa kena ulser, saya mesti fikir saya ni kurang minum air, and yes, bila kurang minum air kita akan mudah dapat ulser mulut. Dulu-dulu saya ingatkan ulser mulut ni hanya terjadi kerana kita kurang minum air ataupun kerana panas dalam. Tapi sebenarnya ada sebab-sebab lain juga yang menyumbang kepada ulser mulut.

Punca ulser

  1. Kekurangan air dalam badan - sebab yang paling kerap kita dengar kerana dehidrasi menyebabkan kita lebih senang terkena ulser
  2. Sistem imuniti tubuh yang lemah
  3. Kekurangan nutrien dalam badan terutama asid folik, vitamin B12,B6 dan zat besi
  4. Penggunaan ubat gigi yang mengandungi bahan kimia
  5. Tergigit dibahagian dalam mulut ataupun terkena makanan yang tajam
  6. Alahan kepada makanan contohnya nenas


Bagaimana merawat ulser

  1. Elakkan dari makan makanan yang terlalu banyak rempah
  2. kurangkan minum air yang berasid
  3. gunakan antiseptik untuk berkumur
  4. Letak gel untuk ulser. Anda boleh dapatkan gel ini di farmasi
  5. letak sedikit ais ditempat ulser untuk mengurangkan kesakitan dan minum air masak dengan banyak
  6. Tingkatkan pengambilan makanan yang mengandungi vitamin B kompleks dan zat besi
  7. Pengambilan vitamin C amat digalakkan untuk meningkatkan sistem imunisasi tubuh
  8. Pengambilan probiotik seperti yogurt juga membantu dalam mengurangkan ulser


Bagaimana Shaklee membantu??

  Ulser biasanya dikaitkan dengan kekurangan nutrisi seperti zink dan juga asid folik. Jadi amat disarankan untuk mereka yang kerap mendapat ulser mulut untuk mengambil Vitamin B kompleks. Vitamin B kompleks mempunyai asid folik dan juga zat besi yang membantu mengelakkan kita untuk mendapat ulser. Vitamin C juga amat disarankan pengambilannya kerana vitamin C meningkatkan sistem pertahanan tubuh untuk mengelakkan jangkitan ulser pada mulut. Akhir sekali pastikan kita minum air yang banyak setiap hari sekurang-kurangnya 3L sehari bagi mengelakkan hidrasi. Air juga membantu menyahtoksinkan toksin yang berada dalam tubuh.



  Jadi, bagi mereka yang kerap mendapat ulser mulut, pastikan anda jaga pemakanan anda dan pastikan anda minum air yang cukup setiap hari. Untuk pertanyaan lanjut mengenai produk, boleh terus hubungi saya dibawah ye


0 comments:

Post a comment