Selamat Tinggal Tahun 2014!!!

Assalamualaikum..

  Dalam beberapa jam saja lagi tahun 2014 akan bakal melabuhkan tirainya. Saya anggap tahun ini merupakan tahun yang amat mencabar buat diri saya. Tahun yang penuh bitter and sweet. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana masih lagi berpeluang untuk menaip entri ini, masih berpeluang berbakti pada orang tua, keluarga dan anak-anak.

  Setiap dari kita mempunyai kisah tersendiri. Saya jatuh dan bangun semula dalam mengharungi perjalanan saya dalam bisness Shaklee. Ada masa memang saya 'tergolek'terus, tapi kerana menginginkan kehidupan yang lebih baik untuk diri saya, untuk anak saya, saya bangun kembali walaupun terpaksa merangkak semula. Tak perlu saya bandingkan diri saya dengan orang lain kerana saya yakin setiap dari kita Allah telah anugerahkan cabaran yang setimpal dengan kekuatan masing-masing. Setiap yang hadir pasti ada hikmah untuk menjadikan kita insan yang luar biasa. Smile..even you are hurt within :)

  Syukur disepanjang perjalanan bisness Shaklee 2014, saya mampu membantu masyarakat diluar sana dengan Shaklee. Syukur membantu mereka mendapatkan zuriat dengan bantuan Shaklee, syukur kerana membantu mereka dalam mengurangkan sakit mereka dengan bantuan Shaklee, syukur kerana memberi kesihatan yang lebih baik kepada orang diluar sana dengan Shaklee. Syukur juga kerana dengan duit bonus yang saya perolehi dengan Shaklee, saya dapat menghulurkan sedekah kepada mereka yang memerlukan. Syukur juga dengan Shaklee dan dengan izin Allah, saya dan anak diberikan kesihatan yang baik untuk menempuhi tahun 2014 ini.

  Walau siapa pun kita, marilah kita doakan yang terbaik untuk semua, berikan yang terbaik, lakukan yang terbaik. Do our best, Let Allah do the rest. Semoga penutup 2014 membawa 1001 cahaya dan pengajaran untuk kita memulakan Diari 2015...

  Salam sayang,








Cahayahati Ummi..







0 comments:

Post a comment