Tips Menjaga Kesihatan Sendi

Assalamualaikum..

  Biasanya bila sebut je sakit sendi, kita sudah membayangkan bahawa ia hanya dialami oleh orang tua sahaja. Tengok saja ahli keluarga kita yang mengadu sakit-sakit sendi, majoriti dari mereka adalah mereka yang sudah berusia. Tetapi...jangan fikir cuma golongan yang berusia je tau yang sakit-sakit sendi ni..Yang muda-muda pun ada juga yang mengalami sakit sendi.


  Jika golongan berusia mengalami sakit sendi, kita faham proses penuaan itu menyebabkan fungsi sendi kita merosot. Sebab itulah boleh jadi sakit sendi. Tetapi untuk golongan muda pula? Takkan fungsi kita merosot juga kan? Antara sebabnya adalah gaya hidup tidak sihat, kekurangan nutrisi mahupun faktor genetik. Jadi disini saya senaraikan tips untuk menjaga kesihatan sendi.

Tips # 1 - Pilih kasut yang sesuai
Yang ini memang saya sangat bersetuju. Jika kita sering memakai kasut tumit tinggi secara berterusan ia boleh mendorong kepada kesakitan sendi. Memakai kasut bertumit tinggi juga boleh menyebabkan masalah pergelangan kaki dan lutut. Saya memang cerewet dalam pemilihan kasut dan saya memang sukar mencari kasut tumit tinggi yang selesa untuk saya. Jalan mudah untuk atasinya, pakai je flat shoe..takde sakit-sakit sendi dan dapat bergerak dengan selesa

Tips #2 - Rehatkan pergelangan tangan
Bagi mereke yang selalu rasa sakit dipergelangan tangan, mungkin anda perlu rehatkan pergelangan tangan anda. Bagaimana?? Buat streching atau aktiviti renggangan pada bahagian lengan. Saya memang suka aktiviti streching-streching ni. Rasa sedap je selepas merenggangkan tangan.

Tips #3 - Turunkan berat badan jika berlebihan
Saya sangat setuju!! Kenapa? Sebab saya sendiri pernah mengalami situasi ini. Satu ketika dulu berat saya mengalami kenaikan 15kg!!! dengan saiz kaki yang yang kecil (saiz 4), menampung berat yang dalam kategori obes, saya memang selalu sakit lutut. Lebihan kilogram pada tubuh kita sebenarnya boleh menyebabkan kerosakan ligamen dan tisu penghubung dibahagian lutut.

Tips #4 - Kalsium!! Kalsium!! Kalsium
Kekurangan sumber kalsium boleh menyebabkan sakit sendi dan boleh menjurus kepada osteoperosis sebelum tiba waktunya. Banyak sumber makanan yang mempunyai kalsium, susu, keju, sayuran hijau semua mempunyai kalsium. Nak mudah, telan Ostematrix Shaklee ;)

Tips #5 - Omega -3
Omega membantu dalam membina dan merawat kesihatan sendi dan tulang. Ia mampu larut kedalam tisu rawan dalam sendi yang boleh mencegah arthitis dan juga gout

Tips #6 - Suplemen untuk Sendi
Suplemen adalah alternatif untuk mendapatkan kesihatan sendi yang berpanjangan. Advance Health Joint Tablet, Omega Guard Shaklee dengan Ostematrix adalah suplemen 3 serangkai yang sangat membantu dalam masalah sakit sendi.

  Berdasarkan tips diatas, terpulang pada anda untuk memilih bagaimana untuk menjaga kesihatan sendi anda. Jika anda perlukan suplemen untuk merawat sakit sendi anda, anda boleh pilih daripada ketiga-tiga suplemen dibawah mengikut budget anda sendiri.



Testimoni 1:



Testimoni 2 :



Testimoni 3 :



Order & Pertanyaan



** These statement has not been evaluated by Food and Drug Administraion. These product are not intended to diagnose, treat, prevent or cure any disease.

0 comments:

Post a comment