Tips Bercerai Susu Badan (Wean Off)

Assalamualaikum..

  Anak saya Amna bulan ni insyaAllah berusia 2 tahun 10 bulan dan masih lagi menyusu. Ketika saya dihantar untuk berkursus selama 3 hari, saya terfikir mungkinkah ini adalah masanya untuk Amna bercerai susu?? Sebenarnya saya takde niat pun untuk hentikan penyusuan susu ibu kepada Amna kerana bagi saya, untuk bercerai ibu, things must go two ways. Ibu dan anak kena sama-sama bersedia agar emosi kedua-dua ibu dan anak itu dapat dijaga. Lagipun, bonding semasa proses penyusuan itu pasti akan dirindui oleh ibu jika anak dah mula wean off.

  Kebanyakan kes ibu-ibu mula weaning off bayi mereka adalah samada anak mereka sudah mencecah 2 tahun ke atas ataupun mungkin juga kerana kesihatan ibu itu sendiri yang menyebabkan dia terpaksa hentikan penyusuan susu ibu. Proses weaning off bukan sesuatu yang mudah dilakukan..kadang ia mengambil masa, tetapi kadang jika anak memang dah bersedia, proses ini berlaku dengan mudah. Bagi mereka yang ingin wean off anak mereka..ini adalah tips yang boleh anda cuba:

1. Kurangkan dulu menyusukan anak barulah hentikan penyusuan

  • Elakkan berhenti menyusukan anak secara tiba-tiba kerana dibimbangi emosi anak terganggu. Gunakan kaedah ansuran, jarakkan pemberian susu ibu. Ia mungkin akan mengambil masa tetapi mungkin boleh membantu proses cerai susu
  • Jangan tawarkan susu ibu tetapi jangan menolak jika dia minta
  • Kenyangkan anak dengan makanan lain dulu sebelum dia minta susu bandan
  • Jangan terlalu lama menyusukan anak pada setipa sesi penyusuan
  • Alihkan perhatian anak dengan aktiviti lain
  • Jangan salin baju didepan anak kerana bila nampak, dia akan teringat atau teringin
  • Hadkan masa penyusuan
  • Anda mungkin boleh memakai baju panjang/labuh agar anak susah untuk selak baju anda
2.  Terangkan kepada Anak
  • Terangkan kepada anak anda kenapa anda mahu berhenti menyusukannya
  • Anda boleh beritahu pada anak dia hanya boleh menyusu jika dia nak tidur 
  • Pada usia anak menginjak usia 2tahun, anak mungkin sudah faham perkataan nanti. Lengahkan sedikit permintaan anak
  • Wanita hamil biasanya akan mengalami sakit puting. Terangkan pada anak bila dia menyusu, ibu berasa sakit
  • Jangan sesekali marah atau stress kerana anak boleh merasakannya.
3. Elakkan penyusuan waktu malam
  • Elakkan menjadikan penyusuan susu ibu sebagai jalan untuk menidurkannya. Gantikan dengan membacakan buku cerita atau menepuk2 perlahan atau menggosok belakangnya.
  • Jika pada waktu malam anak inginkan susu ibu mintalah suami anda untuk memberikan anak anda susu dalam botol. Jika dia inginkan susu ibu, perahlah dalam botol. Perasaan 'tak sampai hati'itu akan wujud..tapi itu adalah NORMAL
4. Untuk diri si ibu
  • Elakkan pemakanan yang boleh menambahkan susu ibu seperti oat.
  • Letakkan helaian kubis antara payudara dengan coli anda. Daun kubis biasanya membantu dalam pengurangan susu badan
  • Jika susu anda membengkak, perah sedikit dengan kaedah marmet. Bila anda perah sedikit, signal akan dihantar ke otak bahawa susu tidak perlu dihasilkan lagi. 
  Proses weaning off atau cerai susu akan memberikan kesan emosi kepada anak-anak. Jadi amat penting untuk ibu menambahkan belaian, pelukan, ciuman sebagai ganti nikmat penyusuan anak. Biasanya emosi ibu juga akan terganggu. Ibu akan merasa sedih, murung kerana seoalah-olah merasakan hilang nikmat untuk menyusukan anak. Ibu juga akan mengalami perubahan fizikal dalam proses weaning off ini kerana perubahan hormon. Proses ini akan mengambil masa jadi ibu perlu sabar.

Amna Qurratulaini Dwidad - 2tahun 10bulan
  Ohh..berbalik pada cerita Amna tadi..selepas 3hari ditinggalkan..adakah dia masih ingin menyusu? Balik-balik rumah, saya memang tidak offer susu badan pada Amna. Tapi tiba-tiba dia sendiri yang teringat. Dengan perasaan seronok, gelak, senyum, dia tarik-tarik baju saya sambil cakap 'Nak susu ummi!"yang akan terharu, sewaktu menyusu selepas 3hari ditinggalkan, dia memberikan signal thumbs up kepada saya untuk menyatakan bahawa dia memang menikmati penyusuan tersebut.

  Sejujurnya, saya sendiri tidak bersedia untuk wean off kan Amna. Saya rasa seolah hilang satu nikmat saya sebagai seorang ibu jika saya tak susukan Amna. Tapi saya pasti, harinya akan tiba juga nanti, jadi saya kena bersedia. 

  Saya bersyukur kerana saya dapat menyusukan Amna selama 2 tahun penuh seperti yang digariskan dalam Al-Quran dan saya amat bersyukur kerana masih diberikan nikmat untuk menyusukan Amna sehingga kini. Sering kali saya disindir oleh orang lain kerana masih menyusukan Amna yang 'dah besar'. Saya tak pernah peduli dengan pandangan orang lain. Bagi saya apa yang penting, saya mampu berikan hak Amna selama yang saya mampu dan selagi saya masih sihat. 


Salam Sayang



0 comments:

Post a comment