Ouchh!! Gigi ku Retak Lagi!!!

Assalamualaikum..

  Ini merupakan pengalaman saya sendiri kira-kira setahun lepas akibat kekurangan kalsium. Sebelum ini, takdelah tergerak untuk berkongsi testimoni ini, cuma bila ada kawan yang bertanya tentang kesihatan gigi, saya tergerak untuk berkongsi pengalaman yang saya alami setahun lepas.

  Saya bukanlah peminat susu, in fact boleh katakan saya jarang sangat minum susu. Walaupun ketika menyusukan anak saya yang pada ketika itu berusia setahun lebih, saya tak pernah menitikberatkan pengambilan kalsium. Bagi saya, kalsium cuma diperlukan ketika kehamilan bagi membekalkan sumber kalsium pada bayi dan untuk mengelakkan cramp ketika hamil.

  Semasa menyusukan anak, anak akan menyerap kalsium daripada ibunya. Tubuh badan kita sendiri tidak dapat menghasilkan kalsium dengan sendirinya. Maka dengan itu, amat penting untuk mengambil kalsium samada dari sumber makanan seperti produk tenusu atau sayuran hijau, atau melalui pengambilan suplemen yang berasaskan kalsium.

  Berbalik kepada cerita saya tadi, saya mula merasakan sakit-sakit tulang dan sendi ketika menyusukan anak. Malah ada satu hari, ketika saya makan daging bakar yang LIAT, tiba-tiba saya rasakan gigi taring saya retak dan patah. Memang sangat hodoh rasanya gigi saya bila kelihatan 'sumbing'. Pada masa itu, saya tidak terfikir langsung punca keretakan gigi adalah disebabkan oleh kekurangan kalsium. Saya salahkan daging liat yang menyebabkan gigi saya retak.

  Saya bukanlah tak consume kalsium langsung, cuma saya ni pelupa untuk mengambil vitamin pada waktu malam. Oh ya..kalsium sebaik-baiknya diambil pada waktu malam sebelum tidur kerana pada waktu malam, ketika badan kita berada dalam keadaan rehat, kalsium akan mudah diserap dalam tubuh. Jadi saya consume kalsium on off.

  Sehinggalah satu hari dalam tidur saya terjaga dan perasan ada sesuatu dalam mulut saya. Bila keluarkan 'sesuatu'tersebut, rupa-rupanya ia adalah serpihan gigi geraham saya yang telah retak dan pecah. Bayangkan lah..dalam keadaan tidur, gigi saya boleh retak dan patah. Memang nampak sangat saya ni kurang kalsium. Saya pergi ke dentist untuk cek lagi gigi lain kalau ada yang retak.  Menurut doktor keadaan gusi saya longgar dan gigi saya tak kuat kerana kekurangan kalsium. Hah!! kali ni, saya betul-betul panik. Bayangkan kalau setahun saya boleh retak 2 batang gigi, apa jadi 2 atau 3 tahun akan datang?? Silap haribulan, saya akan ronggak sebelum masanya..oohh tidak dapat saya bayangkan..

  Pengalaman ini betul-betul buat saya disiplin dalam pengambilan kalsium. Pilihan saya, Ostematrix Shaklee. Saya masih kurang meminati susu, jadi saya pilih untuk mengambil suplemen sebab senang untuk diambil..TELAN saja..heheh. Bukan je Ostematrix ni membantu kekuatan gigi saya, segala sakit-sakit pinggang semua dah hilang. Yang bestnya, tidur pun lebih lena selepas mengambil Ostematrix. Amat penting untuk ibu yang masih menyusukan anak seperti saya mendapat sumber kalsium yang cukup untuk kesihatan tulang dan gigi.

  Jadi, jika anda sering merasa sakit sendi, gusi mula berdarah, sakit-sakit pinggang, tidur tidak lena, sering diserang sakit kepala dan migrain, itu mungkin satu simptom anda kekurangan kalsium. Sebelum terlambat, ambil lah kalsium yang secukupnya untuk tubuh anda.


TESTIMONI 1:


TESTIMONI 2:
TESTIMONI 3:


TESTIMONI 4:






Order & Pertanyaan


** These statement has not been evaluated by Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose, treat, prevent or cure any disease. 

0 comments:

Post a comment