Kisah Anak Demam Dan Nutriferon Shaklee

Assalamualaikum..

  Ada ibu-ibu yang bertanya saya, bila dah bagi macam-macam suplemen pada anak ni, confirm ke anak sihat memanjang? Betul ke anak tak akan demam..dan bila saya ceritakan tentang anak saya Amna yang jarang demam kerana mengambil vitamin, ada yang tak percaya.

  Jangan salah faham tentang fungsi suplemen ye, suplemen bukan bertujuan untuk mengubati atau menghalang kita daripada dapat penyakit. Suplemen MEMBANTU untuk meningkatkan kesihatan kita dengan lebih baik. Boleh kah kita jamin kita boleh dapat 100% nutrien dari makanan yang kita makan setiap hari? Proses memasak makanan itu sendiri pun sudah cukup menghilangkan vitamin yang ada pada makanan kita, jadi bagaimana nak menjamin kita dapat perolehi 100% vitamin yang diperlukan oleh badan? Itulah tujuan pengambilan suplemen. Men 'top up'kan nutrien yang kurang pada tubuh badan kita.

  Ok berbalik kepada pertanyaan adakah anak saya tidak pernah sakit setelah mengambil suplemen? Sebenarnya ada juga anak saya demam, selsema, batuk tetapi sangat jarang. Berkat pengambilan Omega dan Meal Shakes, kalau dalam rumah pengasuh tu semua orang demam, alhamdulillah Amna tak demam. Kalau semua budak dirumah pengasuh tu selsema, alhamdulillah Amna jarang terjangkit. Bukan tak pernah, tapi jarang. Boleh lihat post Testimoni Meal Shakes: Anak Lebih Sihat dan Jarang Sakit

  Namun, walaupun saya usahakan untuk memberikan suplemen kepada Amna, Amna jatuh demam juga petang semalam. Memang sedih, memang panik tapi saya cuba iktiarkan sedaya yang mungkin untuk mengurangkan demam Amna. Mula-mula saya jerlum kepala dia dan basahkan seluruh badan dengan air sejuk untuk menyerap panas dalam. Saya teruskan breastfeed Amna seperti biasa dan pakaikan amna wet sock. Wet sock ni saya basahkan stokin dengan cuka epal yang dicampur dengan air suam bagi menyerap panas dalam Amna melalui tapak kaki.

  Memandangkan Amna tak lalu nak makan, saya berikan dia susu dalam botol yang dicampur dengan Meal Shakes. Saya cek semula suhu badan Amna..masih dalam kategori 'tinggi'untuk saya. Asalnya suhu badan Amna 38.5 darjah celcius,, tetapi selepas dijerlum, selepas diberikan Meal Shakes, suhu cuma turun 38 darjah celcius.

  Lepas tu baru teringkat tentang stok Nutriferon yang masih ada. Amna dah dekat 3 tahun, dah boleh ambil nutriferon sebagai immune booster dia. Saya bancuh setengah sache nutriferon bersama air masak dan berikan kepada Amna. Mujurlah Amna ni jenis suka minum air masak. Jadi takde masalah dia habiskan nutriferon yang saya bancuh dengan air tadi. Alhamdulillah, selepas sejam, dah nampak Amna berpeluh-peluh. Bila pegang badan dia, dah tak panas. Cek suhu pun dah turun ke 36.8 darjah celcius. Syukur Alhamdulillah, anak ummi dah tak demam. Tidur pun lena selepas makan nutriferon.

  Ada kalanya, walaupun kita telah berusaha macam-macam, kuasa Allah itu lagi besar dari usaha kita. Kun Fa Ya Kun, kalau Dia hendak ia terjadi, ia tetap terjadi. Walaupun saya berikan Amna suplemen, dia tetap jatuh sakit. Mungkin Allah ingin berikan pahala yang lebih kepada saya untuk menjaga anak yang sakit. Mungkin juga Allah menguji kesabaran saya untuk menjalankan tanggungjawab saya menjaga amanah-Nya. Kita berusaha, yang menentukan segalanya adalah Dia. Alhamdulillah dengan keizinan dari-Nya juga, usaha saya memberikan anak saya Nutriferon menampakkan perubahan . Terima kasih Allah, dan terima kasih Shaklee kerana membantu saya, anak saya, orang-orang disekeliling saya menikmati kesihatan yang lebih baik dengan bantuan Shaklee.

  Nak simpan stok nutriferon dirumah anda? Boleh dapatkan dari saya dengan menghubungi nombor saya dibawah ataupun anda boleh terus order melalui link yang saya sertakan dibawah. Konsultasi percuma saya akan berikan hanya selepas anda membeli dari saya ya.

TESTIMONI 1:


 
TESTIMONI 2:


TESTIMONI 3:






Order & Pertanyaan


** These statement has not been evaluated by Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose, treat, prevent and cure any disease. 

0 comments:

Post a comment