Amalan Murah Rezeki..

Assalamualaikum wbt..

  Salam pagi Jumaat yang indah buat semua pembaca Cahaya Hati Umi. Semalam saya terbaca satu artikel mengenai amalan-amalan murah rezeki dan saya ingin kongsikan kepada pembaca semua. Moga-moga ia membawa manafaat buat kita semua.





10 Amalan Murah Rezeki
  1. Menyempatkan diri beribadah - Allah tidak akan sia-siakan pengabdian hamba-hambanya seperti dalam ayat Qudsi "Wahai anak adam, sempatlah untuk menyembah-Ku, maka aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiran mu. Jika tidak melakukan maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan kefakiran" (Hadith Riwayat Ahmad, Tarmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah)
  2. Memperbanyakkan istighfar - Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah yang menjadi sebab Allah jatuh kasian dan sayang pada hambanya.  "Barang siapa memperbanyakkan istighfar maka Allah akan menghapuskan segala kedukaanya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka" (Hadis Riwayat Abhad, Abu Daud, an-Nasa'i, ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a)
  3. Tinggalkan perbuatan dosa - Istighfar tidak laku disisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan sahaja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki
  4. Sentiasa ingat Allah -  Banyak ingat Allah membuatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapan, ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang yang beriman. Firman-Nya '..(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram" (Surah Ar-Ra'd, ayat28)
  5. Berbakti dan mendoakan ibubapa -  Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasullulah SAW berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambah rezekinya, hendaklah berbaikti kepada ibubapanya dan menyambung tali kekeluargaan.
  6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah -  Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Rasullulah: "Tidaklah kamu memberi pertolongan dan memberi rezeki melainkan kerana orang-orang yang lemah dikalangan kamu" (Hadis Riwayat Bukhari)
  7. Tunaikan hajat orang lain -  Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunai hajat sendiri, seperti sabda Rasullulah SAW: "Siapa yang menunaikan hajat saudaranya, maka Allah akan menunaikan hajatnya.."
  8. Banyak berselawat -  Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat..Wallahu'alam
  9. Buat kebajikan banyak-banyak - Ibnu Abbas berkata: "Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Maka kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubu, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.
  10. Berpagi-pagi -  Menurut Rasulullah SAW, berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat
  Terdapat 10 lagi amalan murah rezeki yang akan saya kongsikan pada entri yang akan datang. Moga-moga amalan-amalan ini akan melapangkan rezeki kita dengan izin Allah...

Salam Sayang...




0 comments:

Post a comment