7 Tips Menahan Marah Pada Anak

Assalamualaikum..

  Sebagai ibubapa, sudah pasti ada masanya kita berdepan dengan perangai anak yang boleh menguji kesabaran kita. Bayangkan jika kita adalah ibu yang bekerja, balik rumah anak tumpahkan air, tumpahkan makanan, selerakkan rumah memang akan mengundang kemarahan kita. Untuk ibu yang tidak bekerja, sudah tentunya letih satu hari terpaksa melayan kerenah anak, buat kerja rumah dan apabila kita nak rehat, anak mula merengek-rengek. Dengan keadaan yang letih, sudah pastinya kita akan senang marah.

  Jika anda google di internet, sebenarnya banyak tips yang diberikan bagi menahan rasa marah bila anak buat hal. Namun sebenarnya, bukan mudah untuk mempraktiknya. Kita kena kuat, kena menahan sabar bagi menjayakan tips ini. Apa yang penting, kita bijak mengawal emosi kita dan sentiasa beristighfar setiap kali anak buat hal, InsyaAllah tips-tips ini akan mampu kita lakukan.

TIPS 1 : Ingat Allah 
Bila kita terasa nak marah, atau dalam keadaan marah, cepat-cepatlah kita ambil wudhuk. Jika pada waktu kita marah kita berada dalam posisi berdiri, duduklah sebentar bagi menenangkan perasaan marah tersebut. Bacalah surah Al-Fatihah, Ayatul Qursi, 3 Qhul dan surah Taha ayat 1-5. Niatkan agar Allah lembutkan hati anak kita

TIPS 2 : Tarik Nafas 
Tarik lah nafas panjang-panjang, duduk dan berehat sebentar. Pandanglah wajah anak yang bersih. Mereka adalah anak-anak yang masih melalui proses pembelajaran tentang hidup. Tatap wajah suci mereka dengan penuh kasih sayang. InsyaAllah ia mampu mengurangkan rasa marah kita pada anak.

TIPS 3 : Dengar Penjelasan Anak
Setiap kali anak buat kerenah, pasti ada sebabnya. Mungkin kita tak cukup perhatian terhadap mereka. Mungkin juga mereka inginkan sesuatu yang kita sudah terlepas pandang. Duduklah dengan anak, bercakap dengan mereka dan dengarlah penjelasan mereka kenapa mereka buat hal.

TIPS 4 : Lari Dari Anak
Tips yang sangat mudah dilakukan. Bila kita rasa nak marah, jauhkan diri dari anak. Mungkin anak akan menangis dan merengek, tapi berikan diri kita sedikit 'time off' daripada anak. Tak perlu lama ya..lari dalam 5minit dah cukup. Sekadar untuk memberikan masa kepada diri kita untuk bertenang

TIPS 5 : Alih Perhatian
Bila kita rasa fikiran kita terganggu kerana karenah anak, alihkan perhatian kita. Buat sesuatu yang boleh membuatkan kita lupa akan rasa marah kita pada anak. Mungkin kita boleh cuci pinggan, kemaskan rumah. Takdelah kita fokus pada perasaan marah kita pada anak

TIPS 6 : Peluk Anak
Memeluk anak merupakan satu terapi untuk kita menghilangkan rasa marah kita. Dengan memeluk anak, kita dapat tenangkan anak dan kita sebagai ibu juga akan merasa lega bila kita memeluk anak.

TIPS 7 : Ingat Saat Kita Melahirkan
Ingat masa kita inginkan anak? Ingat kembali betapa susahnya kita melahirkan? Betapa sukarnya kita melalui tempoh mengandung 9 bulan. Dan apabila kita sudah dikurniakan anak, kita pula marah-marah pada anak. Anak adalah amanah, anak adalah tanggungjawab, anak adalah ujian dan anak adalah saham akhirat kita..justeru kenapa semudah itu kita memarahi anak?

  Saya tertarik dengan poster dibawah. Terasa amat terkesan dihati..moga kita menjaga amanah yang Allah berikan kepada kita dengan baik kerana anak-anak inilah yang akan mendoakan kita apabila kita sudah tidak ada didunia satu hari nanti.

Order & Pertanyaan



0 comments:

Post a comment