Sebuah Pengorbanan...

Assalamualaikum..

  Salam aidiladha buat semua muslimin dan muslimat serta pembaca Cahaya Hati Umi. Alhmdulillah, tahun ini masih diberikan rezeki untuk menjalankan ibadah korban untuk anakanda tercinta.

  Bila bercakap mengenai pengorbanan, sebagai seorang ibu, mak, mama, mummy, ummi pasti terlalu banyak yang kita korbankan untuk keluarga dan anak-anak tercinta. Tak kisah samada ia merupakan pengorbanan dari segi masa, wang ringgit ataupun harta benda.

  Alhamdulillah, sudah 2 tahun 8 bulan saya menyusukan anak saya Amna. Bila teringat akan kisah pengorbanan saya dalam dunia penyusuan, terlalu rindu saat-saat mengheret pam ke pejabat. Setiap kali ditugaskan keluar daerah, breastpump adalah benda pertama yang saya akan masukkan kedalam bagasi dan saya akan semak dahulu jika hotel saya menginap menyediakan petisejuk untuk saya store breastmilk yang saya pam. Indahnya saat-saat itu..saat My Breastfeeding Journey. Walaupun kini tidak mengepam lagi, syukur kerana saya masih mampu menyusukan Amna..memberikan hak yang sepatutnya dia dapat..alhamdulillah..

  Menjalankan biz Shaklee walaupun sekadar partime juga adalah satu pengorbanan saya untuk anak saya dan untuk sesiapa diluar sana yang ingin meningkatkan taraf kesihatan mereka dengan lebih baik, untuk membantu ibu-ibu diluar sana mencari pendapatan sampingan bersama Shaklee. Alhamdulillah, walaupun ramai yang mengatakan terlalu banyak persaingan dalam Shaklee, percaya bahawa setiap insan itu diberikan rezeki mereka masing-masing yang telah Allah tetapkan. InsyaAllah selagi ada ikhtiar, selagi ada usaha, tiada yang mustahil untuk berjaya.


Ketenanganku..Semangatku..Cintaku..

  Pengalaman hidup, pengalaman membesarkan Amna banyak mengajar saya tentang erti kesabaran. Harapan saya cuma satu, moga Amna menjadi anak solehah yang akan mendoakan umminya satu hari kelak. Untuk anakku Amna Quratulaini Dwidad, ummi sangat menyayangi dirimu. Satu hari nanti bila Amna sudah dewasa..Amna akan tahu bahawa hidup ini sangat indah untuk kita sia-siakan. Apapun yang berlaku pada masa akan datang, harap Amna akan bersama-sama ummi akan mengharungi dugaan kehidupan dengan penuh kesabaran.

  Terima kasih Allah kerana anugerah-Mu, rahmat-Mu, rezeki-Mu. Semoga kami akan menjadi insan yang sentiasa bersyukur dengan rezeki yang Kau berikan..Amin....


Salam Sayang,


0 comments:

Post a comment