Kelebihan Bersalin Caesarian

Assalamualaikum..

  Jika ditanya dengan mana-mana ibu pun, kebanyakan mereka andai diberi pilihan sudah tentu memilih untuk melahirkan anak dengan kelahiran yang normal. Ini mungkin disebabkan luka bersalin normal lebih senang dijaga berbanding bersalin caesarian. Disamping itu risiko pendarahan semasa bersalin ceasarian lebih tinggi berbanding dengan bersalin normal.

  Mengimbas kembali pengalaman saya sendiri ketika melahirkan Amna secara caeserian. Pada minggu ke 30 kandungan, imbasan doktor mendapati bayi dalam kandungan saya songsang atau lebih dikenali sebagai breech. Menurut pengalaman doktor, potensi untuk bayi berpusing untuk kelahiran normal masih ada lagi, Namun apabila kandungan mencecah 8bulan, iaitu minggu ke 32, keadaan bayi masih lagi breech, dan doktor menyatakan bahawa kelahiran Amna terpaksa dilakukan secara pembedahan.

  Saat itu saya merasakan sangat ngeri. Banyak pembacaan yang saya lakukan tentang risiko kelahiran ceaserian. Even pada hari pembedahan itu sendiri, saya memang rasa gemuruh kerana berada dalam bilik pembedahan dalam keadaan sedar, maksudnya saya nampak bila doctor memegang pisau dan "memotong'' perut saya untuk mengeluarkan bayi.

  Namun setelah semuanya selamat, saya dapati kelahiran ceaserian ini mempunyai kelebihan yang tersendiri:

  1. Boleh memilih tarikh kelahiran - Ibu boleh memilih tarikh yang mereka hendaki untuk menjalankan pembedahan ceaserian. Ibu boleh melengkapkan diri dari segi persediaan mental dan fizikal untuk proses kelahiran.  
  2. Kurang merasa sakit bersalin -  Berbanding dengan bersalin normal, bersalin ceaserian tidak perlu menunggu bukaan servics sebanyak 10cm. Selain daripada itu, ibu yang bersalin ceaserian tidak perlu melalui trauma kontraction yang menyakitkan. 
  3. Trauma sakit jahitan -  Ibu yang bersalin ceasarian tidak perlu mengalami trauma kesakitan pada vagina, terutama lagi 'trauma' selepas habis pantang dan 'trauma' bersama dengan suami
  4. Masa yang tepat - Memandangkan tarikh telah ditetapkan, ibu tidak perlu tergesa-gesa untuk ke hospital untuk kelahiran. 
  5. Mengurangkan risiko otot koyak - Biasanya komplikasi otot koyak ini berlaku apabila bayi terlalu besar atau pun bayi susah dikeluarkan. Doktor mungkin akan menggunting sedikit bahagian faraj untuk melancarkan kelahiran bayi.
  Bersalin normal atau caesarian terletak pada rezeki masing-masing. Apa yang penting kesihatan ibu semasa proses kelahiran, dan kesihatan bayi yang dilahirkan. Jadi bagi ibu-ibu yang dijangka melahirkan anak secara ceaserian, tidak perlu risau ya. Allah telah megaturkan segalanya, dan pasti ada kemanisan disebalik kesakitan yang kita alami.

  Nak cuci mata untuk suplemen selepas bersalin? Boleh klik DISINI ya dan boleh hubungi saya seperti dibawah:




  

0 comments:

Post a comment