Satu perkara yang merunsingkan wanita selepas bersalin selain daripada misi menurunkan berat badan adalah stretchmark. Kebiasaannya stretchmark berlaku akibat kenaikan berat badan yang berlebihan ataupun semasa kehamilan berikutan berlakunya rengangan kulit apabila perut mula membesar.
Dalam entri sebelum ini, stretchmark boleh dikurangkan dengan pengambilan ESP, Vitamin C dan juga GLA. Kali ini saya senaraikan 7 penawar semulajadi untuk menghilangkan strechmark selepas bersalin.
Penawar #1: Aleo Vera

- Ambil daun lidah buaya dan buang duri dan kulit luarnya
- Keluarkan gel melekit dari bahagian dalam daun
- sapukan terus gel aloe segar di stretch mark anda
- Biarkan selama 2 jam dan boleh la terus dibasuh dengan air
Penawar #2: Kentang

- Ambil 1 biji kentang (bersaiz sederhana)
- Potong kentang ke dalam kepingan bersaiz tebal
- Ambil 1 keping dan sapu perlahan pada kawasan strecth mark anda. Pastikan jus dari kentang disapu diseluruh kawasan stretch mark, biarkan selama 5-10 dan kemudian basuh dgn air suam
Penawar #3: Guna scrub aprikot
Anda boleh buat sendiri scrub apricot dengan cara:
- Sediakan aprikot 2-3biji, dan keluarkan biji aprikot
- Lenyekkan buah-buahan untuk mendapatkan pes dan tampal pes tersebut pada stretch mark
- Biarkan selama 15-20minit dan basuh dengan air suam
- Ulang setiap hari selama sebulan

Penawar #4: Lemon

- Ambil sebiji lemon dan potong kepada dua bahagian
- Ambil separuh daripada lemon dan perlahan-lahan sapukan pada stretch mark anda.
- Perahkan sedikit demi sedikit jus lemon pada kawasan stretchmark dan lakukannya selama 10 minit sebelum dibasuh dengan air suam
Penawar #5: Putih Telur
Putih telur mengandungi 40 protien yang berbeza. Putih telur juga kaya dengan kolagen dan vitamin A dan dengan itu boleh merawat parut atau luka terbakar dengan berkesan. Cara penggunaan:
- Pukul putih telur dengan sedikit garpu
- sapukan pada kawasan stretchmark. Ia boleh dicampurkan dengan minyak zaitun juga. Biarkan selama 15 minit dan basuh dengan air suam
Tiada ubat akan berfungsi dengan berkesan jika kulit anda tidak sentiasa terhidrat. Minum air yang mencukupi sekurang-kurangnya 8-10 gelas sehari dapat membantu menyahtoksin dan mengembalikan keanjalan kulit
Penawar #7: Jaga Pemakanan
Kekurangan sumber nutrien dalam badan tidak boleh memberi manafaat sepenuhnya daripada krim, losyen, minyak, topeng atau apa-apa benda yang disapukan pada kulit. Mempunyai jumlah protien baik setiap hari membantu dalam keanjalan kulit. Elakkan lemak tepu dalam diet kerana ianya menambahkan berat dan obesiti yang boleh menyebabkan rengangan kulit dan menjadikan stretch mark bertambah hodoh.
Mudahkan mencari bahan-bahan untuk menghilangkan stretchmark? Selamat mencuba :)
Untuk Order & Pertanyaan, sila hubungi saya seperti berikut:
** These statement has not been evaluated by Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose, treat, prevent and cure any disease.
0 comments:
Post a comment