5 Kebaikan Bermain Untuk Kanak-Kanak

Assalamualaikum..

  Pernah dengan dialog ini dikalangan ibu bapa??

'Ish..asyik main je, cuba la buat benda berfaedah sikit' atau pun "Apa ni tak reti duduk diam, main je siang dan malam'ataupun 'apalah nak jadi dengan kamu ni, nak main je, belajar tak nak'.

 Mengikut Hak Asasi Manusia Bangsa - Bangsa Bersatu (20 November 1089) bermain itu adalah hak seorang kanak-kanak. Kanak-kanak bermain untuk mengenali persekitaran mereka dan mereka membina daya pemikiran mereka dengan apa yang berlaku dipersekitarannya.


mengenali warna dengan tapak tangan
Jadi, apakah kelebihan bermain untuk kanak-kanak?

1. Anak akan menjadi kreatif dan imiginatif dalam menyelesaikan masalah. Contohnya dengan bermain Lego, kanak-kanak akan berimiginasi untuk membina kapal terbang atau pun kereta. Mereka akan mula berfikir blok mana yang sesuai untuk melengkapkan struktur kapal terbang mereka. Ini meransang agar otak anak berhubung dengan baik.

2. Dengan bermain, anak akan belajar melompat, berlari, memanjat, merangkak dan sebagainya. Ini secara tidak langsung melatih skil motor dan amat penting untuk perkembangan fizikal dan mental anak. 


Amna sangat suka aktiviti mewarna
3. Anak akan belajar mengenai emosi. Mereka akan menunjukkan ekspresi gembira, sedih, marah, kecewa, bosan dengan bermain. Kesemua emosi ini penting kerana semakin mereka membesar, mereka akan belajar untuk mengawal emosi mereka.

4. Bermain juga membantu anak untuk berkomunikasi dengan kanak - kanak lain. Mereka akan berlajar erti sharing, berkawan, menunggu giliran, mengucapkan terima kasih malah belajar untuk meminta maaf.

5. Bermain dapat membina otot-otot kecil pada anak seperti jari jemari. Mereka akan belajar mengutip, menyusun, memasukkan sesuatu dalam lubang, dan membina blok. Ini menguatkan jari mereka untuk menulis kelak.

  Biarkan anak kita bermain dalam keadaan yang selamat. Apa yang penting kita tahu batas permainan anak kita dan kita menegur jika apa yang mereka lakukan itu salah. 

Untuk produk dan pertanyaan, boleh hubungi saya seperti dibawah:






0 comments:

Post a comment