Vitamin Untuk Si Perokok Tegar

Assalamualaikum..

  Baru sekejap tadi ketika saya menikmati makan tengahari dikedai makan, selera saya terbantut apabila seorang lelaki yang duduk disebelah meja saya menghembuskan asap rokoknya..dah la masa tu cuaca agak berangin, jadi dah tentu asap rokok tu menghala ke arah saya. Dalam hati kalau bagi Vivix kat pakcik mesti dia berhenti merokok..heheh. Tapi kali ni, saya tak nak bercerita pasal Vivix, saya ingin bercerita tentang vitamin-vitamin untuk si perokok tegar ni.


  Jika anda ataupun sesiapa yang dekat dengan anda seorang perokok, anda perlu untuk melindungi badan anda sebanyak mungkin daripada kesan-kesan negatif akibat merokok.  Vitamin-vitamin seperti vitamin B, vitamin C dan E akan hilang dengan sendirinya akibat daripada kandungan nikotin dalam rokok sedangkan kesemua vitamin ini mengawal fungsi badan yang penting dan membantu mencegah perkembangan penyakit. Apa fungsi setiap vitamin ini?

Vitamin C
  Oksida didalam asap rokok mempercepatkan metabolisme vitamin c yang boleh menyebabkan vitamin ini menjadi berkurangan. Pengambilan tambahan vitamin C boleh mengembalikan tahpa vitamin C pada darah perokok menjadi normal. Kajian mendapati, tahap normal vitamin C boleh melindungi perokok tegar dari keracunan darah kerana vitamin C juga membantu mengawal jumlah kolestrol dalam darah. Kekurangan vitamin C boleh merosakkan keupayaan badan untuk menukar kolestrol ke hempedu. Kolestrol kemudian berkumpul dalam aliran darah, berkumpul dalam ateri dan boleh menyebabkan saluran darah tersumbat. Perokok tegar perlu menelan 2 atau tiga kali dos harian vitamin C yang disyorkan untuk bukan perokok. Boleh rujukan post ini => Merokok dan Vitamin Untuk Perokok



Vitamin E
  Pada tahun 2005, kajian oleh Institu Linus Pauling yang disiarkan dalam 'Amerika Journal of Clinical Nutrition' menunjukkan bahawa tahap vitamin E pada plasma darah berkurangan dan hilang dengan lebih cepat dalam perokok berbanding bukan perokok. Tahap vitamin E yang rendah akan kurang memberi perlindungan yang mencukupi terhadap radikal bebas dan ini mungkin salah satu sebab mengapa orang yang merokok boleh mendapat kanser.



Vitamin D
  Kajian menunjukkan orang yang merokok boleh menjejaskan metabolisma vitamin D dan kalsium seterusnya meningkatkan risiko osteoporosis.  Vitamin D membantu untuk mengawal kalsium dalam badan anda dan membantu mengekalkan kepadatan tulang.  Vitamin D boleh membantu perokok melambatkan kadar kehilangan kepadatan tulang.



Vitamin B
  Perokok mempunyai risiko yang lebih besar untuk mendapatkan kanser paru-paru dan pankreas berbanding dengan bukan perokok, namun risiko ini boleh dikurangkan dengan mendapat vitamin B yang mencukupi.  Perokok berkecenderungan mengalami bronkitis dan asid folik dalam vitamin B membantu mengurangkan simptom bronkitis pada perokok.

  Jika suami anda mahupun sesiapa sahaja yang dekat dengan anda merupakan seorang perokok tegar, memang amat susah untuk menyuruh mereka berhenti merokok. Jadi apa kata anda bagi perokok-perokok tegar ini vitamin-vitamin diatas. Nak vitamin lagi 'power' bagi Vivix terus. Daripada membazir duit membeli rokok, baik duit tu beli vitamin kan. Pelaburan duit berbaloi, pelaburan kesihatan pun berbaloi. :)


**  These statement have not been evaluated by Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose, prevent, treat or cure any disease.

Untuk Order & Pertanyaan









0 comments:

Post a comment