Lihatlah Bagaimana Kita Lahir Dari Rahim Ibu

Assalamualaikum..

  Dengan perubahan gaya hidup masa kini, ramai wanita yang baru bersalin mengambil mudah kesihatan mereka ketika berpantang. Malah ada  yang anggap berpantang itu tidak perlu. Mungkin entri kali ini dapat membuka mata kita betapa pentingnya berpantang kepada mereka yang melahirkan anak..

 " Tiada sesiapa memahami senggugut kecuali wanita
  Tiada siapa memahami sakit mengandung kecuali wanita
  Tiada siapa memahami sakit bersalin samada normal atau ceaser kecuali wanita
  Malah dalam proses pecah dara pun, tiada siapa yang tahu betapa sakitnya proses pecah dara itu kecuali wanita


  

    Lalu kenapa kah masih ada yang anggap wanita yang berpantang selepas melahirkan harus dilayan biasa-biasa sahaja? Tidak perlu dijaga? Tidak perlu dimanja? Tidak perlu berpantang?

  Sekiranya seorang wanita ini meninggal dalam tempoh 40hari selepas dia bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid. Sungguh tingginya darjat setiap wanita yang melahirkan anak. Lalu patutkah suami menganggap proses berpantang itu sebagai proses remeh? 

  Jangan hanya kerana ibu sudah boleh berjalan, boleh senyum, boleh makan, boleh tertawa anda menganggap dia kuat. Sedangkan kalian tidak tahu betapa wanita meletakkan nyawa mereka dihujung tanduk ketika meneran dan mengeluarkan bayi mereka didewan bersalin.  Sedangkan kalian tidak tahu bahawa perut mereka dilapah 7 lapis termasuk rahim dihiris satu demi satu demi mengeluarkan zuriat tersayang. 

  Dan kepada wanita, rahim anda hanyalah sebesar buah pear. Disitulah anda melayan suami anda, mengeluarkan darah haid dan mengeluarkan bayi anda. Sebiji buah pear? siapa sangka, dengan rahim sebesar sebiji buah pear, anda mampu mengeluarkan seorang hamba Allah dimuka bumi ini. 

  Maka jagalah rahim kita..kita tidak sedar betapa tenatnya rahim kita kini..janganlah ditenatkan lagi rahim kita yang telah bekerja keras untuk kita selama ini. Maka berpantanglah...

Salam sayang...



0 comments:

Post a comment