Lengkap 2 Tahun Penyusuan..

Assalamualaikum..

  Terasa lama betul tak update blog..hari ini baru berpeluang untuk update. Untuk pembaca setia Cahaya Hati Umi, promosi alfalfa masih berlangsung ya..ada beberapa hari saja lagi untuk mendapatkan alfalfa dengan harga yang sangat murah!

  Alhamdulillah, pada 20 Januari 2014, genaplah 2 tahun tempoh penyusuan saya pada Amna. Syukur kerana saya diberikan kemudahan menyusukan Amna sehingga kini. Untuk mencapai 2 tahun penyusuan penuh memang banyak cabarannya namun saya bersyukur dengan semangat yang diberikan oleh rakan-rakan, ilmu penyusuan yang saya baca dan pelajari, pengambilan milkbooster yang konsisten..alhamdulillah..2 tahun berlalu begitu cepat sekali.


  Apa yang saya praktikkan untuk mencapai 2 tahun penyusuan. Demand dan supply..setiap hari memang mengheret pam ke pejabat. Ada masa memang terasa liat juga mengepam tapi memikirkan hak anak yang perlu saya berikan, saya kuatkan semangat. Sepanjang 2 tahun, banyak pengalaman yang saya lalui. Supply drop, nipple crack, clog duct, nursing strike..semua saya alami dan alhamdulillah, saya masih mampu bertahan. 

  Saya sentiasa mengamalkan pengambilan air yang banyak sepanjang menyusukan Amna. Makanan penggalak susu seperti habatussauda, kismis, kurma, almond memang saya amalkan. Suplemen? sudah tentu pilihan saya tetap ESP dan Alfalfa. Tak pernah tinggal pengambilan ESP dan alfalfa dari mula menyusukan Amna sehingga kini. Sebenarnya apa pun yang kita ambil untuk meningkatkan produksi susu kita adalah bergantung kepada mindset kita juga. Letakkan dalam diri yang kita mampu menyusukan anak kita dan susu kita cukup dan selebihnya panjatkan doa dan tawakal kepada Allah moga-moga sentiasa ada rezeki untuk menyusukan anak kita.

Set penyusuan yang diamalkan selama 2 tahun


  Jadi bagi ibu-ibu diluar sana, anda juga mampu melaksanakan penyusuan 2 tahun. Yang penting jangan berputus asa, penuhi diri dengan ilmu-ilmu penyusuan dan sentiasa berfikiran positif. InsyaAllah niat yang baik akan dipermudahkan oleh Allah..amin...

Salam sayang..


  
  

0 comments:

Post a comment