Lelaki Keluar Susu Selepas Makan Alfalfa???

Assalamualaikum..

  Bila baca tajuk diatas, macam menakutkan pula..yelah..lelaki makan alfalfa boleh ke keluar susu? Semalam pun ada seorang teman whatsapp pada saya pertanyaan seorang customer yang masih belum berkahwin bertanya apa akan jadi pada tisu-tisu payudara bila kita makan alfalfa sedangkan kita belum berkahwin dan melahirkan anak? Maklumlah, alfalfa kan antara milkbooster yang mendapat sambutan ramai.

  Ok, entri kali ni saya ingin terangkan persoalan-persoalan yang biasa ditanya oleh customer

Q1: Boleh ke lelaki makan alfalfa? Adakah ia akan mengeluarkan susu selepas saya makan?
A1: Ye, lelaki boleh makan alfalfa. Tidak..alfalfa tidak akan mengeluarkan susu bila lelaki makan alfalfa. Alfalfa bukan sahaja setakat milkbooster tetapi ia juga merupakan suplemen yang boleh mengurangkan masalah kesihatan lain seperti resdung, elergi, kencing manis dan kolestrol. Jadi tak ada masalah jika lelaki ambil alfalfa.

Q2: Saya belum berkahwin lagi, kalau saya makan alfalfa susu badan akan keluar tak?
A2: Tidak..susu badan akan keluar pada wanita yang melahirkan anak sahaja ataupun mereka yang mengambil suntikan hormon. Lazimnya wanita yang menyusukan anak mempunyai hormon prolaktin yang membantu penghasilan susu maka itu wanita tersebut akan menghasilkan susu untuk bayinya. Jika anda tidak pernah melahirkan anak, ia tidak memberi kesan kepada tisu payudara anda ataupun pengeluaran susu.

Q3: Kenapa perlu saya mengambil air yang banyak jika saya makan alfalfa
A3: Alfalfa mengandungi vitamin K yang boleh menyebabkan kita pening atau menghadapi healing krisis yang lain. Pengambilan yang sedikit tetapi seimbang amat digalakkan daripada mengambil kuantiti yang banyak dalam satu masa. Jika anda tidak boleh komited minum air yang banyak ketika mengambil alfalfa, adalah lebih baik anda kurangkan dos pengambilan

Q4: Siapa yang tidak boleh makan alfalfa?
A4: Pesakit SLE, pesakit auto imun, ibu hamil, penghidap G6PD dan mereka yang mengambil ubat cairkan darah

  Ini adalah soalan-soalan popular yang diajukan oleh customer. Jika anda masih ragu-ragu lagi dengan alfalfa anda boleh menghubungi saya atau pengedar yang berdekatan anda. 

**  These statement have not been evaluated by Food and Drug Administration.  These product are not intended to diagnose, treat, prevent or cure any disease.

Untuk Order & Pertanyaan





0 comments:

Post a comment