Ceritaku Dan Alfalfa

Assalamualaikum..

  Bila baca tajuk diatas macam tajuk novel pula..tapi sebenarnya ini adalah pengalaman saya sendiri disepanjang saya mengambil alfalfa.

  Sejak mengenali Shaklee hampir 2 tahun yang lepas, alfalfa adalah suplemen yang harus ada untuk dijadikan suplemen harian saya. Saya mula mengenali alfalfa ni selepas melahirkan anak saya Amna. Asalnya sebenarnya nak meningkatkan produksi susu je kerana nak menampung supply susu untuk Amna bila saya mula masuk kerja selepas bersalin. Alhamdulillah, dengan pengambilan alfalfa + ESP, susu saya memang meriah. Tapi saya tak bergantung sepenuhnya pada suplemen saja tau, saya mengamalkan konsep penyusuan demand and supply disamping mengambil air yang banyak untuk meningkatkan produksi susu saya. Alhamdulillah, bulan ni genap lah 2 tahun penyusuan saya kepada Amna...syukur.




  Satu perkara yang mengembirakan saya apabila mengambil alfalfa ni, masalah pelawasan boleh dikatakan langsung tiada. Dulu saya ni memang mengalami masalah susah lawas, kadang-kadang membuang pun dalam 2-3 hari sekali, tapi masalah itu tiada lagi dengan bantuan alfalfa. Sepekara lagi, selain membantu pelawasan, dengan bantuan alfalfa, saya berjaya menurunkan berat badan saya selepas bersalin.

  Perkara yang mengembirakan saya apabila saya mengambil alfalfa ini adalah masalah resdung semakin beransur pulih. Kalau dulu tak boleh makan seafood, tak boleh kena habuk, tak boleh sejuk, memang asyik bersin saja kerana resdung. Saya perasan perubahan resdung saya selepas 2minggu mengambil alfalfa secara konsisten. Oh ye, bukan resdung je tau, saya juga mengalami eczema yang mild, dengan alfalfa, kawasan ezcema memang kering dan tidak berair lagi. Jadi saya boleh menikmati makanan laut saya tanpa sebarang elergi.

  Oh ye..lupa nak selitkan pula, alfalfa ni mampu mengatasi masalah keputihan tau. Saya sendiri mengalaminya. Maklumlah, kerja stress, pemakanan yang kadang kala tak menentu boleh mengakibatkan ketidakstabilan hormon dalam tubuh. Pengambilan alfalfa secara konsisten memang mampu mengatasi masalah ini. Tak hairanlah kenapa alfalfa ini termasuk dalam set kesuburan wanita sebab selain mengatasi masalah keputihan, ia juga bertindak sebagai kacip fatimah untuk hubungan suami isteri. Yang pernah makan alfalfa, pasti dapat mengesahkan perkara ini ;)

  Perkara yang anda perlu tahu tentang alfalfa sebelum anda bercadang mengambilnya:

  • Alfalfa juga boleh diambil oleh kaum lelaki, bukan terhad kepada kaum wanita sahaja
  • Pengambilan alfalfa harus disertai dengan pengambilan air yang banyak kerana alfalfa mengandungi vitamin K yang bertujuan memekatkan darah. Jika darah anda pekat, akan mengundang masalah kesihatan yang lain
  • Mereka yang menghidap SLE atau apa jua penyakit yang auto imun, tidak sesuai mengambil alfalfa.
  Jika anda ingin maklumat lebih lanjut mengenai alfalfa, boleh terus hubungi saya ye.

*  These statements have not been evaluated by Food and Drug Administration.  These product are not intended to diagnose, treat, prevent or cure any disease.

Untuk Order & Pertanyaan


0 comments:

Post a comment