Takut Gemuk Dengan Vitamin B-Kompleks??

Assalamualaikum

  Sering kali bila customer ingin membeli atau bertanyakan tentang vitamin B-Kompleks , satu perkara yang merisaukan mereka adalah B-Kompleks boleh menyebabkan kegemukan. Malah, ramai yang menolak untuk mengambil vitamin ini kerana risau selera makan akan semakin bertambah dan boleh menyebabkan kegemukan. Sejauh mana kebenarannya??

  Tubuh kita memerlukan sekurang-kurangnya 13 jenis vitamin dan 8 daripada vitamin itu diperolehi dari vitamin B yang dikenali sebagai vitamin B-Kompleks.  Jika anda risau anda akan mengalami kenaikan berat badan kerana vitamin ini, anda perlu tahu bahawa vitamin tidak mengandungi kalori yang menyebabkan pengumpulan lemak dalam badan.  Penyebab utama kegemukan adalah disebabkan oleh faktor gaya hidup dan pemakanan seseorang individu dan tahap metabolisma individu tersebut.



B-Kompleks Penting Untuk Membakar Lemak

  Ramai yang sudah tahu apabila metabolisma badan seseorang itu tinggi, maka individu tersebut sukar mengalami kenaikan berat badan dan begitu juga disebaliknya. Tapi tahukah anda, metabolisma badan boleh meningkat dan menurun mengikut beberapa faktor? Bagaimana?

  Metabolisma dikaitkan dengan jumlah tenaga atau kalori yang dibakar untuk menggalakkan fungsi-fungsi tubuh.  Namun pembakaran tenaga atau kalori ini memerlukan vitamin-vitamin tertentu  bagi menjalankan tindak balas kimia untuk tujuan pembakaran.  Jadi, dengan pengambilan vitamin-vitamin tertentu dan amalan gaya hidup yang sihat nutrien dalam vitamin ini membantu kita membantu kita memelihara berat badan yang sihat dan ideal.

  Percaya atau tidak, salah satu vitamin yang penting untuk metabolisma tubuh adalah vitamin B-Kompleks! Ia sememangnya sangat diperlukan untuk proses metabolisma seperti penghasilan sel darah merah dan juga penghasilan tenaga.  Kesemua vitamin B adalah vitamin larut air dan ia membekalkan tenaga dengan menukarkan karbohidrat kepada glukos. Ia juga diperlukan untuk metabolisma protien dan lemak.

  Jadi bagi anda yang berhasrat untuk menurunkan berat badan, selain mencuba set pengurusan berat badan, kami mengesyorkan anda cuba B-Kompleks Shaklee untuk meningkatkan metabolisma tubuh.  Jadi lebih mudah segala lemak, karbohidrat, protien ditukar menjadi tenaga. Oh ye, satu lagi, vitamin B-Kompleks ini sangat bagus diambil bagi anda yang sering kali stress..sebab itulah vitamin B-Kompleks dikenali sebagai Happy Vitamin :D

  InsyaAllah, pada entri akan datang, saya akan terangkan kenapa kita memerlukan vitamin B-Kompleks dan simptom-simptom yang menunjukkan kita kekurangan B-Kompleks.


**  These statement have not been evaluated by Food and Drug Administration.  These product are not intended to diagnose, prevent, treat or cure any disease. 

Untuk Order & Pertanyaan


  

0 comments:

Post a comment