Suplemen Untuk Anak..Perlu Atau Tidak???

Assalamualaikum wbt..

  Dalam membincangkan samada perlu atau tidak memberikan suplemen untuk anak, ia terpulang pada pendapat ibubapa itu sendiri. Jika ditanya pada saya, saya pasti akan menjawab Ya..bukan sebab saya sendiri menjual suplemen, tapi bagi saya kita tidak dapat menjamin kita dapat berikan keperluan nutrisi yang lengkap untuk anak 100%.

  Jika anda merupakan ibubapa yang bekerja, anda menghantar anak ke rumah pengasuh atau taska, adakah anda membekalkan makanan kepada anak anda atau hanya bergantung kepada makanan yang diberikan ditaska? Mungkin juga anak-anak anda memperolehi makanan yang lengkap semasa ditaska atau mungkin juga tidak. Ada juga kemungkin makanan yang mereka berikan kurang menepati citarasa anak anda apatah lagi bila anak anda merupakan seorang yang picky eater.

  Kita juga tidak dapat memberi jaminan anak kita akan sentiasa sihat sepanjang masa, tidak kira samada mereka didalam jagaan kita atau dibawah jagaan pengasuh/taska. Apatah lagi jika anak kita aktif, bergaul dengan kanak-kanak lain, kemungkinan terdedah kepada jangkitan demam, batuk dan selsema itu tetap ada. Jadi, bukankah lebih baik kita mengambil inisiatif membekalkan suplemen kepada anak untuk meningkatkan sistem imun mereka daripada terdedah dengan pelbagai penyakit.

  Shaklee menawarkan suplemen untuk kanak-kanak iaitu Set Kanak-Kanak yang terdiri daripada 2 gabungan vitamin yang hebat. Mealshakes dan Omega Guard.

  Mealshakes adalah suplemen yang mempunyai rasa vanilla yang sesuai diberikan kepada anak anda. Dengan kandungan 19 vitamin dan mineral penting, ia memberikan tenaga berpanjangan kepada anak anda. Jika anda mempunyai anak yang picky eater, insyaAllah, pengambilan mealshakes dapat membantu. Anda pasti dapat melihat perubahan selera makan anak anda selepas pengambilan Mealshakes. Untuk testimoni sila rujuk DISINI.

  Apakah peranan Omega Guard pada anak anda? Omega yang kaya dengan minyak ikan ini amat sesuai dijadikan suplemen untuk meningkatkan sistem imum dan pertumbuhan anak anda. Ia membantu anak anda untuk lebih fokus dengan aktiviti yang dilakukannya dan membantu meransang dan meningkatkan daya ingatan anak anda. Sekiranya anak anda mengalami masalah asma, kedua-dua suplemen ini amat sesuai untuk anak anda. Boleh rujuk testimoni DISINI

  Jadi, seperti yang saya katakan tadi, perlu atau tidak anak anda diberikan suplemen adalah terpulang pada diri anda sendiri. Sebagai ibubapa, kita sentiasa inginkan yang terbaik untuk anak kita. Apa salahnya membuat pelaburan yang sedikit demi kesihatan anak kita kan? :)

**  These statements have not been evaluated by Food and Drug Administration.  This product are not intended to diagnose, prevent, treat or cure any disease.

Untuk Order & Pertanyaan


0 comments:

Post a Comment