Suplemen Shaklee Bukan Ubat

Assalamualaikum

  Selamat tengahari buat semua pembaca Cahaya Hati Umi. Hari ni saya tertarik berkongsi tentang post Dr. Zubaidi Hj Ahmad mengenai suplemen. Menurutnya ''Kalau suplemen seharusnya tidak perlu mendapat preskripsi. Hanya ubat sahaja yang perlukan preskripsi kerana memerlukan pemantauan doktor. Jadi suplemen seharusnya selamat, dan MEMBANTU PROSES PENYEMBUHAN penyakit. Suplemen yang MERAWAT penyakit itu pembohongan'.




  Ya, saya bersetuju dengan statement Dr. Zubaidi. Sering kali bila customer datang pada saya bertanyakan mengenai produk Shaklee, mereka akan memanggilnya sebagai UBAT. Namun saya sering menjawab pertanyaan mereka dengan menukar ayat UBAT kepada VITAMIN/SUPLEMEN.

  Ramai sebenarnya tersalah faham antara suplemen dengan ubat. Rata-rata yang makan suplemen merasakan badan mereka berasa sihat walafiat dan tidak menghadapi apa-apa masalah dan terus menghentikan pengambilan suplemen tersebut. Ramai juga bila makan tak habis sebotol pun tidak menampakkan kesan mula komplain bahawa suplemen tidak berkesan.

  Jadi apakah sebenarnya suplemen? Bagi saya suplemen adalah makana tambahan yang membekalkan nutrien kepada tubuh kita dimana jika kita tidak mengambilnya tubuh kita tidak mencapai kuantiti nutrisi yang mencukupi. Suplemen secara amnya adalah vitamin, mineral, asid lemak dan asid amino juga beberapa bahan lain. Suplemen BUKAN bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Ia MEMBANTU proses penyembuhan dan membantu kita untuk meningkatkan tahap kesihatan kita. Jadi untuk mereka yang seringkali gagal mendapatkan nutrien mencukupi dari diet, suplemen bertujuan melengkapkannya.

  Apa pula ubat?  Jika mengikut Wikipedia, ubat ialah dadah atau bahan yang diambil untuk mengurangkan simptom atau mengubati penyakit. Ada 2 jenis ubat iaitu OTC (Over the counter) dan preskripsi (yang dipreskripsikan oleh doktor) Ubat dihasilkan oleh syarikat farmaseutikal. Ada sesetengah dadah telah dipatenkan yang mana syarikat tersebut memegang hak milik untuk menghasilkan dan melesenkan sebatian dadah tersebut untuk tempoh masa tertentu. Ubat yang tidak berpaten dipanggil ubat generik.

Persoalan yang sering diajukan kepada saya:

Q1 : Kalau suplemen ini bukan ubat, kenapa perlu disyorkan kepada orang yang sakit-sakit?

A1: Ramai yang cuma makan ubat-ubat yang berasaskan steroid tetapi penyakit tak baik-baik juga. Ramai yang ingin berikhtiar untuk melakukan penyembuhan secara semulajadi selain daripada ubat apatah lagi ubat semakin dimakan, semakin tinggi dos yang kita makan. Contohnya la ye, pesakit kencing manis, diberi ubat kencing manis, tapi setelah mengambilnya, tahap kencing manis tak kurang-kurang sedangkan corak pemakanan dan gaya hidup juga sudah diubah. Maka doktor akan menambahkan dos kepada ubat yang sedia ada kepada dos yang lebih tinggi. Tak pun, doktor mungkin akan menambahkan ubat yang lain pula untuk mengurangkan kencing manis pesakit. Sebab itu suplemen diperlukan bagi mengembalikan fungsi normal tubuh kita. Contoh testimoni boleh rujuk DISINI ye.


Q2: Kenapa pula ada yang makan suplemen tapi tak berkesan pun

A2: Ia bergantung kepada individu. Janganlah expect malam ni makan suplemen, esok penyakit dah baik. Kalau macam tu, confirm suplemen Shaklee sentiasa out of stok..hehehe. Bila suplemen tidak berkesan, cuba cek balik gaya hidup kita macamana. Water intake macamana, gaya hidup macamana, pemakanan macamana, suplemen makan konsisten ke atau skip2. Semua ini perlu diambil kira. Suplemen bukan magik. Makan hari ni esoknya TADAAA!!! Saya da sihat! Bukan ye!

Q3: Kenapa saya makan suplemen ada macam-macam kesan yang saya dapat contohnya sembelit

A3: Kemungkinan ia disebabkan Healing Crisis. Baca Healing crisis kat sini. Kemungkinan tubuh kita memang tidak dapat terima/alergi terhadap produk tersebut. Contohnya makan alfalfa, memang ramai mengadu gatal, sembelit, takde kesan. Selepas 14hari jika gatal berterusan, eloklah diberhentikan pengambilan alfalfa tersebut. Jika tidak, teruskan saja. Healing crisis juga boleh mengambil masa sehingga 6bulan.

Q4: Berapa lama baru boleh nampak kesan

A4: Keberkesanan sesuatu suplemen bergantung kepada penggunaannya. Kalau anda ingin lihat kesannya, sebaik-baiknya konsistenlah makan selama 4-6bulan. Kalau dalam tempoh tu tiada perubahan, say good bye la pada suplemen tersebut.

  Pengalaman saya sendiri, saya konsisten mengambil alfalfa, dalam tempoh 2 minggu saja, masalah resdung saya semakin berkurangan. Begitu juga pengambilan ESP, pengambilan seminggu sahaja sudah nampak perubahan pada kulit wajah. Tapi situasi berbeza pula dalam keadaan menurunkan berat badan. Saya konsisten mengambil ESP+Alfalfa+Lecithin dalam tempoh 3 bulan, barulah nampak penurunan berat badan. Nampak tak perbezaannya? Kesan yang sama cuma tempoh yang berbeza. Suplemen berkesan membantu mengurangkan resdung saya dan membantu menurunkan berat badan saya tetapi tempoh keberkesananya berbeza-beza.

   Jadi nampak tak dengan contoh yang saya berikan diatas, suplemen bukan ubat. Ia bukan bertujuan menyembuhkan atau merawat. Ia cuma membantu. Ia membantu mengurangkan simptom saya, ia membantu menurunkan berat badan saya. Tapi masih ramai lagi memanggilnya úbat 'kerana mengganggap ia memulihkan penyakit. 

  Terpulang pada kita samada kita ingin mengamalkan suplemen atau tidak. Cuma jangan keliru, suplemen bukan ubat yang boleh menyebuhkan penyakit. Ia adalah satu ikhtiar bagi kita untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik selain bergantung kepada ubat-ubat steroid. Sekiranya anda ada kemusyikalan mengenai suplemen, boleh hubungi saya ye.

Salam Sayang




0 comments:

Post a comment