Saya Masih Belum Kenyang Mama..

Assalamualaikum..

  Pernahkan anda mengalami situasi seperti ini..bayi anda asyik menangsi sedangkan anda telah menyusukannya. Kemudian anda mula berfikir..tak kenyang ke baby saya ni? cukup ke susu saya ni?

  Dalam beberapa minggu yang pertama, anda mungkin tertanya-tanya sama ada bayi mendapat susu yang secukupnya atau tidak apatah lagi bila dia menyusu setiap masa atau nampak tidak puas menyusu. Sebenarnya selepas satu atau dua hari pertama, bayi akan selalu berasa lapar dan kerap menyusu kerana susu badan amat mudah dicernakan dalam tempoh 2 jam selepas menyusu.

  Kebanyakan bayi baru lahir mahu menyusu 8 hingga 15 hari sekali pada tiga atau empat hari pertama kehidupannya.  Ramai bayi yang masih menyusu 10-12 kali sehari selepas minggu pertama. Bayi akan terus menyusu begini sehingga satu minggu lagi sebelum mengurangkan penyusuannya ke 8 - 10 kali sehari. Jadi jika bayi anda kerap menyusu, jangan risau. Susukan bayi anda sekerap yang dia kehendaki. 

  Terdapat beberapa cara untuk mengukur jika bayi anda menyusu secukupnya, dan terdapat juga tanda-tanda yang dia tidak menyusu secukupnya. Ini termasuklah:

  • Bayi menyusu 8 - 10 kali sehari pada dua atau tiga minggu pertama
  • Payu dara anda sudah melepaskan susu sepenuhnya dan berasa lembut selepas penyusuan
  • Sepatutnya terdapat sekurang-kurangnya enam kali tukaran lampin basah dalam masa 24jam. (Lebih muda mengetahui lampin biasa yang basah daripada lampin pakai buang yang basah). Urin bayi akan berwarna jernih dan tidak berbau
  • Bayi menelan sepenuhnya ketika sesi penyusuan
  • Najis bayi berwarna kuning gelap atau sering gelap, atau najis semakin berwarna cerah pada hari kelima selepas kelahiran
Apakah pula tanda-tanda bayi tak cukup susu?
  • Bayi tidak mendapat balik berat lahirnya atau menambahkan berat badan selepas dua minggu
  • Payudara anda tidak berasa lebih lembut selepas penyusuan kerana payudara anda belum benar-benar kosong
  • Bayi anda meragam atau sering letih
  • Pipi bayi lekung atau membuat bunyi berdecit semasa menyusu. Ini adalah tanda yang bayi anda tidak menghisap dengan betul dan anda perlu mendapatkan nasihat pakar perunding penyusuan untuk memastikan anda menggunakan teknik yang betul semasa penyusuan
  • Selepas hari ke 5 kelahiran, anda tidak menyalin lampin bayi anda sebanyak 6-8 kali dalam masa 24jam
  • Bayi tidak membuang air besar sekurang-kurangnya sekali sehari atau najisnya masih berwarna gelap lima hari atau lebih selepas kelahiran
  • Bayi tidak mengalami kenaikan berat badan dalam masa tingga minggu selepas kelahiran.
Panduan menyuskukan bayi dengan betul:
  • Bayi melekap pada payudara dengan baik dan menyusu apabila terasa lapar
  • Penyusuan adalah selesa dan tidak menyakitkan
  • Bayi anda akan menukar rentaknya semasa menghisap dan berhenti semasa penyusuan, mula menyusu tanpa berhenti dan melepaskan hisapan secara spontan apabila sudah kenyang.
  Jika bayi anda menunjukkan tanda-tanda berikut, anda menyusukannya dengan secukupnya. Sekiranya tidak betul, jangan terangak-agak untuk mendapatkan nasihat dan bantuan daripada doktor pediatrik atau perunding penyusuan semasa peringkat awal penyusuan.

  Ingin mengetahui lebih banyak tips penyusuan atau berkongsi masalah penyusuan anda? Boleh terus menghubungi saya ya..











0 comments:

Post a comment