Penyusuan Susu Ibu boleh Menjarakkan Kehamilan??

Assalamualaikum..

  Satu satu kelebihan dalam penyusuan susu ibu adalah ia merupakan kaedah semulajadi bagi menjarakkan kehamilan. Namu banyak berlaku situasi dimana walaupun ibu tersebut menyusukan anak dengan susu ibu 100%, kehamilan tetap terjadi.


  Ramai ibu keliru dan menyangka bahawa:

  • Menyusukan anak boleh mencegah kehamilan
  • Asalkan menyusukan anak, tidak kira teknik dan berapa kali penyusuannya tetap boleh menjarakkan kehamilan.
  Satu perkara yang perlu difikirkan untuk menjarakkan kehamilan adalah teknik penyusuan susu ibu itu sendiri.  Ramai yang menyusukan bayi, tetapi berapa ramai yang tahu teknik penyusuan yang betul? Jika teknik penyusuan itu tidak sempurna, maka manafaat menjarakkan kehamilan itu tidak dapat dinikmati.

Teknik Betul Menjarakkan Kehamilan

  Keadaan dimana seseorang itu menjarakkan kehamilan dengan hanya menyusukan anaknya sendiri tanpa sebarang kaedah perancang keluarga yang lain dikenali sebagai LAM ( Lactation Amennorhea Method ). LAM merujuk kepada satu jangkamasa ketidaksuburan bagi wanita yang baru melahirkan anak apabila wanita itu tidak lagi datang haid dan menyusukan anaknya sepenuhnya dengan susu ibu. Keberkesananya dikatakan sebanyak 98%-99.5% jika memenuhi kriteria berikut:
  • Bayi yang dilahirkan berusia 6 bulan ke bawah
  • Ibu masih belum datang haid
  • Ibu menyusukan anaknya secara ekslusif
Bagaimana Cara Yang Betul

  Penyusuan bagi tujuan menjarakkan kehamilan adalah bersifat ekologi iaitu:
  • mendakap anak dengan lebih rapat
  • menyusukan bayi sekerap yang mungkin
  • berikan susu badan sahaja
  • menyusukan anak dengan posisi berbaring
  • tidak memberikan puting plastik (pasifier)
Dengan cara ini, manafaat menjarakkan kehamilan dapat dirasakan:
  • risiko untuk hamil adalah zero untuk 3 bulan pertama, kurang 2% antara 3-6 bulan dan sebanyak 6% selepas 6 bulan dengan syarat tidak datang haid lagi
  • secara purata hitaran haid akan datang pada 14.6 bulan dari tempoh kelahiran
  • walaupun ibu sudah datang haid, tetapi dengan penyusuan sepenuhnya susu ibu, tempoh kesuburannya akan mengalami untuk berberapa kitaran haid yang awal.
Sumber : Natural Child Spacing and Breastfeeding Oleh Jen O Quinn

Untuk lebih banyak tips dan info penyusuan boleh terus hubungi saya ye:







0 comments:

Post a comment