Omega Guard Untuk Kulit Cantik

Assalamualaikum..

  Sempena promosi Omega Guard bulan ni, saya ingin kongsikan satu lagi kebaikan Omega Guard Shaklee. Biasanya asal sebut Omega Guard, untuk kanak-kanak kita fikirkan perkembangan otak dan kesihatan kanak-kanak manakala untuk orang dewasa pula, Omega Guard ni lebih dikenali sebagai produk pelansingan badan. Namun, tahukah anda, Omega Guard juga adalah suplemen yang boleh memberi kecantikan kepada kulit kita..Macamana tu ye???



Essential Fatty Asids (EFAs) untuk kulit cantik dan sihat
 Cuba tengok kulit anda..adakah ia kering? bersisik? rambut anda rapuh? kuku anda juga rapuh?? Kesemua simptom ini adalah kerana kita kekurangan EFAs yang kita ambil dari diet harian kita.  EFAs adalah kandungan yang hanya boleh diperoleh dari lemak dan minyak. Asid lemak ini diperlukan oleh tubuh kita agar sel-sel berfungsi dengan normal. Oleh kerana EFAs tidak dapat dihasilkan oleh tubuh kita, maka ia diambil dari pemakanan harian kita dan juga suplemen tambahan. Antara asid lemak yang baik untuk kulit kita adalah Omega 3 dan Omega 6.

  EFAs yang cukup didalam badan akan membentuk lapisan pelindung didalam kulit yang mana ia membantu menghalang kehilangan kelembapan didalam kulit.  Ini sekaligus melindungi kulit kita daripada mengalami dehidrasi dan sekaligus kulit akan kelihatan lembab sentiasa. Kulit lembap, maka selamat tinggal lah kepada masalah kulit bersisik dan kering. ;)

  Secara umumnya, manafaat Omega 3 kepada kulit adalah seperti berikut:
Bibir kelihatan lembab dan pinkish dengan omega 3

  • EPAs membantu melambatkan kesan penuaan akibat sinaran matahari - Dalam satu kajian yang dimuatkan dalam Journal of Lipid Research pada tahun 2005, EPA boleh menghalang daripada penghasilan sejenis enzim yang diransang oleh sinaran UV matahari.  Enzim ini berupaya memusnahkan kolagen dan membuatkan timbulnya garis-garis halus dimuka dan kulit muka mula mengendur
  • Asid lemak Omega 3 membantu mencegah keradangan/inflamasi pada kulit -  Selain menjadikan kulit lembut, Omega 3 juga mencegah inflamasi pada kulit bermasalah.  Salah satu simptom kekurangan omega pada kulit adalah apabila timbulnya ruam pada kulit.  Jadi omega 3 membantu mengurangkan kemerahan akibat ruam pada kulit.
  • Melembabkan kulit - Omega 3 membantu membina satu lapisan pada kulit bagi mengelakkan kulit daripada dehidrasi dan sekaligus melembabkan kulit.
Testimoni Diri Sendiri
  Saya mempunyai ezcema di bahagian kaki. Biasanya bila kulit kering, kawasan ezcema tu sangat gatal dan mulalah aktiviti garu menggaru. Jadi saya amalkan pengambilan Alfalfa bagi mengurangkan kesan gatal. Baru-baru ini atas nasihat kawan, dia syorkan saya mencuba Omega Guard. Saya cuba dalam tempoh seminggu, memang ternyata kawasan ezcema saya tidak kering lagi. Masalah gatal-gatal pun hilang. Tak sangka produk yang saya sangka kan hanya untuk pelansingan dan kesihatan anak ini sebenarnya memberi manafaat kepada kesihatan kulit. Jadi jika anda ada masalah kulit kering, boleh cuba Omega Guard ye..

**  These statement have not been evaluated by Food and Drug Administration.  These product are not intended to diagnose, prevent, treat or cure any disease.

Untuk Order & Pertanyaan




0 comments:

Post a comment