Meningkatkan Daya Ingatan Dengan Vitamin Shaklee..

Assalamualaikum..

  Salam hujung minggu buat semua pembaca Cahaya Hati Umi. Moga-moga hujung minggu ni kita meluangkan masa yang lebih buat keluarga tersayang. Hujung-hujung minggu ni kalau ada perancangan nak bawa keluarga pergi berkelah ke, mandi manda ke, jangan lupa bekalkan Omega Guard sekali. Omega Guard mampu meningkatkan pertahanan badan daripada diserang demam dan selsema :)

  Sebut pasal Omega Guard ni, ada 3 hari lagi promosi Omega Guard akan berakhir. Dalam entri saya sebelum ini saya dah kongsikan manafaat Omega Guard kepada kesihatan kita dan anak-anak. Kali ini pun saya berkongsi kebaikan Omega Guard + Lecithin Shaklee. Kalau sebut je pasal kedua-dua vitamin ini, bagi yang memang meminati vitamin Shaklee, sudah tentu anda tahu bahawa kedua-dua vitamin ini amat famous untuk melansingkan badan. Tapi kali ini, saya sharekan pula kebaikan kedua-dua vitamin ini dalam meningkatkan daya fokus dan daya ingatan kita.



  Bagi yang follow blog saya, anda sudah tentu tahu bagaimana Omega Guard membantu dalam meningkatkan daya pemikiran dan fokus kita. Kandungan Omega Guard yang mengandungi DHA membantu meransang saraf-saraf otak agar kita lebih fokus. Malah ibu-ibu hamil juga digalakkan mengambil Omega Guard ketika kandungan memasuki trimester kedua bagi meransang perkembangan saraf-saraf otak bayi ketika masih dalam kandungan lagi.


  Okay..yang tu cerita pasal Omega Guard. Macamana pula Lecithin boleh membantu memperbaiki daya ingatan kita. Kalau kita tengok antara bahan yang terdapat dalam Lecithin adalah kolin. Kolin merupakan satu komponen neurotransmitter. Kolin adalah element paling penting untuk bergabung bersama Acetate dalam membentuk acettycholine pada hujung saraf. Acetylcholine akan lompat ke synapse untuk sampai ke reseptor iaitu penerima mesej dan pergerakan ini berterusan dari otak ke organ. Jika banyak kolin, maka lajulah pergerakan mesej untuk sampai ke reseptor. Penjelasan nampak begitu rumit, tapi apa yang saya terangkan disini, komponen yang terdapat dalam Lecithin iaitu kolin membantu menghantar mesej ke otak dengan lebih cepat.

  Oh ya..jika anda nak tahu, kedua-dua suplemen ini amat sesuai diambil oleh ibu-ibu yang sudah melahirkan anak. Kajian mendapati, selepas melahirkan anak, ibu-ibu cenderung mengalami sikap pelupa. Situasi ini berlaku kerana kesakitan yang mereka alami ketika melahirkan anak, menguruskan anak, menyusukan anak menyebabkan mereka sesekali terlupa dengan beberapa perkara yang perlu mereka lakukan. Jadi kedua-dua suplemen ini selain membantu menurunkan berat badan berlebihan yang mereka alami sepanjang kehamilan dan ia juga mampu meningkatkan daya ingatan yang lebih baik.



**  These statement have not been evaluated by Food and Drug Administration.  These product are not intended to diagnose, treat, prevent and cure any disease.

Untuk Order & Pertanyaan




0 comments:

Post a comment