Mealshakes Tidak Selamat Untuk Kanak-kanak??

Assalamualaikum..

  Beberapa ketika dulu kecoh tentang pemberian Mealshakes untuk kanak-kanak di facebook. Malah sehingga kita masih ada orang mempertikaikan pemberian Mealshakes untuk kanak-kanak kerana menurut mereka kandungan Mealshakes ini tidak sesuai diberikan kepada kanak-kanak. Bila perkara ini terjadi, saya yakin makin ramai yang mula meragui samada Mealshakes selamat diberikan untuk kanak-kanak atau tidak.



  Mealshakes merupakan satu suplemen yang dihasilkan oleh Shaklee untuk kanak-kanak namun pengambilan Mealshakes juga boleh diamalkan oleh orang dewasa.  Ia mengandungi multivitamin dalam bentuk serbuk yang:

  • Mengandungi 19 jenis vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh badan untuk tumbuhbesaran yang sihat
  • Merupakan sumber terbaik serat protien
  • Membekalkan kalsium harian yang diperlukan badan
  • Index glisemik rendah menyebabkan glukosa dilepaskan perlahan-lahan dan teratur pada kegunaan sel badan                                                                                                                                               
Jadi, kenapa dikatakan Mealshakes tidak selamat untuk kanak-kanak?

Isu 1: Mealshakes Shaklee ada Maltodextrin
  Sebab utama mengapa Mealshakes Shaklee dikatakan tidak sesuai untuk kanak-kanak adalah kerana Maltodextrin. Apakah dia Maltodextrin? Maltodextrin adalah bahan tambahan yang biasa digunakan dalam makanan yang diproses sebagai 'thickener' atau 'filler'.  Namun hakikatnya maltodextrin adalah sejenis karbohidrat kompleks yang diekstrak dari beras, jagung, kentang, barli dan gandum.  Jadi maltodextrin bukanlah dihasilkan dari makmal dan kilang, ia dihasilkan daripada makanan harian kita.  

Isu 2: Kandungan gula (sugar) dalam Mealshakes
Isu kedua yang diperkatakan adalah kandungan gula yang tinggi dalam Mealshakes yang tidak sesuai diberikan untuk kanak-kanak.  Ia menjadi isu kerana pelekat Ingredients pada Mealshakes tertulis untuk serving 100g, Mealshakes Shaklee membekalkan 47.1g gula yang mana amat tinggi untuk kanak-kanak.  

Ya, 100g memang tinggi untuk kita berikan kepada kanak-kanak, tetapi panduan pada Mealshakes sendiri sudah tertulis serving size yang dicadangkan hanyalah 34g dimana ia mengandungi cuma 16.0g gula. Shaklee sendiri tidak mengarahkan pengambilan 100g sehari. Shaklee cuma mencadangkan pengambilan 34g sehari iaitu bersamaan 1/4cup, itupun untuk dos bagi kanak-kanak yang berumur 12tahun keatas. Bagi kanak-kanak yang berumur 1-11tahun, dosnya jauh lebih kecil.

Jadi, Mealshakes yang tidak selamat atau kita yang tidak mengikuti panduan pemakanan yang betul?? :)

Isu 3: Mealshakes tidak sesuai untuk kanak-kanak
Isu ini timbul kerana pengambilan 34g Mealshakes sehari adalah tidak sesuai untuk kanak-kanak. Namun seperti yang saya terangkan tadi, pengambilan Mealshakes adalah mengikut dos yang sesuai untuk umur kanak-kanak. 34g sehari adalah pengambilan untuk orang dewasa atau kanak-kanak yang telah bersekolah dimana sistem penghadaman mereka telah matang.

Credit: LifeFit.my

Perlu kita ingat bahawa Mealshakes bukanlah hidangan utama untuk menggantikan hidangan harian anak anda. Ia adalah suplemen pelengkap bagi kesihatan anak anda. Kami mengesyorkan pengambilan dos yang berbeza bagi setiap peringkat umur anak anda. Sebagai ibubapa, anda pasti inginkan anak anda mendapat nutrisi makanan yang lengkap kan? Sama ada anda ingin memberikan suplemen tambahan kepada anak anda atau tidak, itu hak anda. :)

Jika anda berminat mencubanya, atau masih mempunyai keraguan mengenai Mealshakes, boleh terus hubungi saya ya..

**  These statements have not been evaluated by Food and Drug Administration.  These product are not intended to diagnose, treat, prevent or cure any disease.

Untuk Order & Pertanyaan



0 comments:

Post a comment