Merujuk kepada entri saya yang lepas Takut Gemuk Kerana B-Kompleks, kali ini saya ingin kongsikan serba sedikit mengenai vitamin B-Kompleks, manafaatnya dan kenapa kita perlukan B-Kompleks.
Apa sebenarnya vitamin B-Kompleks ni? Ia merupakan vitamin yang mempunyai 8 gabungan vitamin larut air yang sangat penting untuk tubuh kita. 8 vitamin tersebut adalah
- Thiamin (B1)
- Riboflavin (B2)
- Niacin (B3)
- Panthotenic Asid (B5)
- Phyridoxine (B6)
- Biotin (B7)
- Folic Asid (B9)
- Cobalamins (B12)
- Menukarkan makanan kepada tenaga - membantu menukar lemak, karbohidrat dan protien kepada tenaga sekaligus mengurangkan masalah keletihan dan kelesuan
- Melawan tekanan - Memastikan kesihatan fungsi saraf sekaligus meredakan sakit kepala, tenanan, kemurungan dan imsonia
- Membantu tumbesaran - Menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak, membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak dan tulang belakang
- Mengekalkan kesihatan rambut
- Mencegah Anemia - Membantu pembentukan sel darah merah yang sihat, meransang pengaliran darah dalam tubuh, merawat anemia, pening, migrain, mabuk laut dan muntah-muntah.
- Meredakan simptom PMS seperti senggugut dan kerisauan.
Kenapa kita memerlukan B-Kompleks
- Ianya adalah vitamin larut air dan sebarang lebihan tidak akan disimpan, sebaliknya disingkirkan melalui perkumuhan. Ia perlu diganti daripada pemakanan seharian
- Pendedahan kepada matahari yang tinggi contohnya aktiviti memasak boleh memusnahkan vitamin B-Kompleks yang terdapat dalam makanan kita
- Memakan banyak gula boleh memusnahkan vitamin B-Kompleks contohnya sebotol coca-cola memerlukan 5 kali vitamin B Kompleks agar dia dapat ditukar kepada bentuk tenaga
- Alkohol boleh memusnahkan vitamin B-Kompleks
- Stress, tekanan mental dan fizikal juga boleh memusnahkan vitamin B-Kompleks
- Pil penenang perasaan, antibiotik boleh memusnahkan vitamin B-Kompleks
- Pil perancang meningkatkan keperluan B-Kompleks
B-Kompleks pilihan saya?

Satu perkara yang berkaitan dengan vitamin B-Kompleks ini, air kencing kita akan berwarna kuning setelah kita mengambilnya. Jangan risau kerana perkara ini normal. Vitamin B Kompleks larut dalam air dan vitamin yang berlebihan akan dikeluarkan melalui urin kita :)
Bagaimana? Setelah tau manafaat vitamin B-Kompleks anda masih risau akan mengalami kenaikan berat badan? Tak perlu risau kerana vitamin ini sebenarnya membantu metabolisma badan yang lebih baik. Eh, lupa nak bagitau, vitamin B-Kompleks ni dikenali sebagai Happy Vitamin tau sebabnya ia merupakan vitamin anti stres. Jadi bila agak-agak rasa stres tu, boleh la cuba vitamin B-Kompleks. :)
** These statement have not been evaluated by Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose, prevent, treat or cure any disease.
Untuk Order & Pertanyaan
0 comments:
Post a Comment