Keguguran Ketika Hamil..

Assalamualaikum..

  Keguguran ketika hamil adalah pekara yang paling menakutkan buat semua ibu-ibu yang menantikan kehadiran cahayamata mereka. Definasi keguguran itu membawa maksud kehilangan atau kematian janin sebelum usianya genap 28 minggu didalam rahim ibu.  Tempoh 28 minggu dinilai kerana selepas tempoh itu, perkembangan janin begitu pesat dan kebarangkalian untuk hidup adalah tinggi. Sebelum usia mencecah 28 minggu, janin lemah dan tidak mampu hidup diluar rahim ibunya.

Faktor Terjadinya Keguguran

  • Natural Selection - Teori ini sangat terkenal kerana ia mudah difahami.  Secara tabii atau semulajadi, tubuh manusia akan menolak benda asing yang rosak. Contohnya tubuh akan menolak makanan yang basi dan ini akan mengakibatkan masalah cirit birit dan muntah.  Sama seperti apabila kandungan telah mati dan rahim cuba mengeluarkannya. Kontraksi rahim dan pendarahan akan berlaku, sekaligus ibu akan merasai kesakitannya.
  • Ovum dan sperma yang mati sebelum membentuk janin -  Kematian terjadi akibat kecacatan pada strukturnya. Virus seperti TORCH atau Cytomegalo yang menyerang ibu boleh merosak dan mencacatkan struktur ovum dan sperma
  • Kesihatan ibu -  Sekiranya ibu mengalami masalah kekurangan zat makanan atau kencing manis yang teruk, risiko keguguran juga adalah tinggi.  Pengambilan minuman beralkohol, dadah dan rokok juga boleh menyebabkan keguguran
  • Keputihan -  Masalah keputihan yang serius boleh menjadi punca keguguran. Keputihan biasanya disebabkan oleh kumanyang menular menjangkiti rahim. Jadi segeralah berjumpa doktor jika anda mengalami keputihan yang teruk.
Tanda-tanda Keguguran
  • Rasa loya dan muntah (morning sickness) hilang serta merta sebelum tempoh mengandung mencecah 12 minggu
  • Ari-ari terasa sakit dan mengalami keputihan yang serius
  • Pendarahan semasa mengandung
  • Perut mengecil secara tiba-tiba
  • Ibu demam, tidak sihat tau pengsan
Rawatan
  •  Rawatan akan diberikan setelah mengenal pasti punca keguguran.  
  • Imunisasi dan pembentukan antibodi terhadap virus adalah penting sebelum seseorang ibu itu mengandung lagi. 
  • Zat makanan yang sesuai diberi dalam bentuk suplemen contohnya seperti asid folik.
  • Sekiranya ujian imbansan ultrabunyi menunjukkan rahim bersih, maka D&C tidak perlu dilakukan bagi membuang sisa kandungan, tetapi jika sisa tidak keluar sepenuhnya, D&C terpaksa dibuat bagi membersihhkannya. Tujuannya bagi memastikan tiada lagi pendarahan berlaku
  • Sekiranya masalah servik lemah dikenal pasti, maka ibu terpaksa dirawat dan servik terpaksa diikat dengan tali tangsi yang kuat dan hanya dibuka selepas cukup bulan
  • Ubat hormon akan diberikan pada ibu jika didapati hormon dalam badan kurang bagi mengurangkan risiko keguguran
Alternatif Shaklee

  Kami amat mengesyorkan pengambilan Set C kepada ibu-ibu yang mengalami keguguran. Set C atau set pantang mengandungi vitamin-vitamin seperti berikut:
  • Vitamin B Kompleks dengan asid folik - mengelakkan stress dikalangan ibu yang keguguran dan menggalakkan pembentukan sel darah merah
  • Vitalea - Multivitamin yang mengandungi zat besi yang membantu penghasilan darah merah untuk menggantikan darah yang hilang semasa keguguran berlaku
  • Vitamin C - Membaik pulih sel dan tisu yang rosak serta memberikan imuniti kepada badan 
  • Zink Kompleks - membantu mempercepatkan luka dalaman dan tisu dalaman yang rosak
  • Osteomatrix - Melegakan segala kekejangan otot dikalangan ibu yang keguguran
  • ESP - sumber protien yang membantu membina sel-sel baru dalam tubuh
Tips 

  Ibu yang mengandung tidak harus bimbang jika kehamilannya berakhir dengan keguguran. Ini kerana besar kemungkinan kehamilan seterusnya akan menjadi normal.  Apa yang penting, kesihatan ibu perlu dipulihkan dan diberi rawatan yang betul bagi membolehkan si ibu mengandung lagi sekiranya tidak berlaku sebarang komplikasi.



**  These statement have not been evaluated by Food and Drug Administration.  These product are not intended to diagnose, prevent, treat or cure any disease.

Untuk Order & Pertanyaan






0 comments:

Post a comment