Jangan Sesekali Meremehkan Ibu

Assalamualaikum..

  Buat pembaca setia Cahaya Hati Umi khusunya yang bergelar ibu, mama, ummi, mak atau mommy..ini adalah untuk anda..

Tahukah Anda??

  1. Wanita mengandungkan janin/buah hatinya dalam kandungannya selama +- 9bulan 10 hari tanpa sedikitpun melepaskannya. Jika dikirakan rata-rata berat kandungan adalah 1kg, maka selama itu wanita mengandungkan berat seberat (1kg x 30hari x 9bulan) + 10hari = 2,700kg atau 2.7 ton!! Sesudah melahirkan, wanita masih saja mendukung bayinya, sedangkan seorang suami apabila mendukung anaknya sudah merasa lelah, letih dan pelbagai alasan yang lain.
  2. Setiap hari seorang wanita memasak untuk dirinya dan keluarganya.  Jika dikirakan seorang wanita memasak mulai umur 17 hingga 55 tahun (bererti 38 tahun) dan setiap hari ia memasak untuk 2 orang maka ia memasak untuk 2 x 365 x 38 = 27.740 orang.
  3. Setiap hari wanita membersihkan rumah/tempat aktivitinya misalnya menyapu. Jika ia membersihkan ruangan rumah berukuran 4 x 10 = 40m2 dan ia menyapu sejak usia 15 tahun hingga 45 tahun (bererti 30tahun) maka ia membersihkan seluas 40 x 365 x 30 = 438,000 m2 atau seluas 105 kali luasnya padang bola
  4. Jika setiap hari seorang wanita mencuci pinggan mangkuk yang dikirakan mempunyai tinggi lebih kurang 20cm dan mencuci selama 30tahun maka tingginya mencapai 20 x 365 x 30 = 219,000 cm = 2190m atau hampir 5 kali tinggi menara berkembar petronas. Belum ada bangunan didunia yang mencapai tinggi 2,190m.
  5. Jika setiap hari seorang wanita mencuci baju dengan dikirakan panjang jemuran 5meter setiap hari makan selama 30 tahun panjang jemurannya mencapai = 5 x 365 x 30 = 54,750m = 54.7km
  LUAR BIASA!! Dasyatnya kekuatan seorang ibu (wanita). Tentu saja masih banyak lagi kekuatan ibu yang tidak mampu difikirkan oleh kita. Ketika melahirkan pun, seorang ibu menggunakan semua dayanya untuk membuat kita lahir didalam dunia ini, dengan kekuatan antara hidup dan mati.
  
  Pepatah ada mengatakan "Disebalik kejayaan seorang lelaki, terdapat seorang wanita hebat dibelakangnya". Pepatah ini juga benar apabila ibu (wanita) mempunyai kekuatan tersembunyi untuk melakukan hal itu.

  Ada suatu riwayat yang mengutamakan seorang ibu, menunjukkan bagaimana kedudukan ibu (wanita) dalam Islam itu mulia. 

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: Seseorang datang menghadap Rasullulah saw dan bertanya: Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku pergauli dengan baik? Rasulullah saw menjawab: Ibumu. Dia bertanya lagi: Kemudian siapa? Rasulullah saw menjawab: Kemudian ibumu. Dia bertanya lagi: Kemudian siapa? Rasulullah saw menjawab: Kemudian ibumu. Dia bertanya lagi: Kemudian siapa? Rasulullah saw menjawab lagi: Kemudian ayahmu (Shahih Muslim No 4621)

Salam Sayang






0 comments:

Post a comment