Hebatnya Wanita..

Assalamualaikum wbt..

  Salam hujung minggu buat semua pembaca Cahaya Hati Umi. Pastinya hujung minggu ini kaum wanita terutamanya ibu-ibu begitu sibuk menguruskan anak-anak dan keluarga kan. Betapa hebatnya insan yang bergelar wanita kerana walau letih mana sekalipun, mereka tetap melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. Untuk anda yang bergelar wanita, coretan ini untuk anda...


Wanita..
Hebatnya seorang wanita sehingga seluruh dunia meraihkannya.  Seorang wanita saat menerima khabar kehamilannya, hatinya sarat dengan kegembiraan sehinggakan dia menitiskan air mata.  Tidak pernah dia memikirkan bahawa proses bersalin itu sendiri akan meragut nyawanya.  Apa yang dia tahu, dia bawal membawa zuriatnya yang comel kedunia.

Wanita..
Hebatnya seorang wanita tidak pernah mengeluh walau saban pagi dia muntah-muntah hinggakan badannya hilang segala kudratnya. Dia mampu tersenyum mengenangkan zuriatnya sedang membesar didalam rahimnya yang sebesar buah pear.  Tidak pernah timbul gentar dihatinya memikirkan mampukah rahimnya yang sebesar buah pear itu menanggung zuriatnya.

Wanita..
Hebatnya dia mampu melaksanakan segala tugasannya walaupun badannya sakit-sakit menanggung beban kandungan yang semakin membesar. Tidak pernah sekalipun dia mengeluh, malah dia sentiasa tersenyum melihat perutnya yang semakin membesar.

Wanita..
Hebatnya dia disaat dia menghadapi saat-saat masa bersalin hatinya tidak gentar walau secubit pun. Tidak pernah terfikir yang mungkin nyawanya akan jadi galang ganti.  Apa yang dia mahu, zuriatnya lahir dalam keadaan sihat.

Wanita..
Hebatnya dia mampu menahan kesakitan 57 del ketika hendak melahirkan anak (bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak). Sehinggakan sekuat mana pun seorang manusia itu, dia hanya mampu menahan kesakitan sebanyak 40 del.

Apa yang kita selalu dengar tentang wanita?
Wanita tercipta dari tulang rusuk lelaki
Wanita itu sayap kiri lelaki
Wanita itu berhati lembut dan kuat emosi
Wanita itu kaum yang lemah

Tapi sedarkan kita..disebalik semua itu
Wanita dicipta untuk menjadi ibu
Ibu yang mengandung selama 9 bulan dengan penuh kepayahan
Ibu yang berjuang dengan maut melahirkan zuriat untuk menyambung generasi manusia
Ibu yang berjuang menyusukan anak selama 2 tahun penuhnya
Ibu yang mengasuh, mendidik, membesarkan anak-anak dengan penuh kesabaran

Ibu yang doanya lebih makbul dari seorang bapa
Wanita jugalah yang menjadi tulang belakang lelaki
Tidak kurang juga wanita boleh melemahkan lelaki
Hebatnya kuasa wanita..
Sebab itu lah ada kata-kata
"Tangan yang menghayun buaian itu boleh menggoncangkan seluruh dunia"

Salam Sayang..



0 comments:

Post a comment