CoQ10 Alternatif Mencegah Sakit Kepala Dan Migrain

Assalamualaikum..

  Apabila kita menyebut tentang CoQ10, kita sering mengaitkan suplemen ini kepada kesihatan jantung. (Rujuk post ini). Tapi sebenarnya CoQ10 merupakan suplemen yang mempunyai pelbagai khasiat khususnya dalam mengatasi masalah migrain dan sakit kepala, meningkatkan kuantiti sperma bagi lelaki dan yang diketahui umum membantu untuk kesihatan jantung. Pada entri kali ini, saya ingin berkongsi manafaat suplemen ini dalam menangani masalah Migrain 

Migrain dan sakit kepala dikaitkan dengan kekurangan CoQ10

  Migrain sering dikaitkan dengan masalah sakit kepala yang melampau hingga boleh menyebabkan seseorang itu muntah. Penyakit migrain ini dikaitkan dengan ketidakstabilan sistem neurovascular.  Pesakit migrain ada kalanya akan merasa loya dan tidak boleh memandang cahaya yang terang. Bagi kaum wanita pula masalah migrain lebih kerap terjadi kerana masalah hormon yang tidak stabil.

Bagaimana CoQ10 membantu dalam mencegah sakit kepala dan migrain? 

  CoQ10 adalah sejenis nutrien antioksidan larut lemak yang terdapat dalam sel-sel hidup sebagai contoh tubuh badan manusia.  Tanpa CoQ10 sel-sel tubuh tidak dapat bekerja dan berfungsi dengan efektif.  Ia mempunyai banyak persamaan dengan Vitamin E dan paling banyak ditemui pada organ badan yang bekerja keras seperti jantung, buah pinggang dan pankreas.

  Namun apabila usia kita semakin meningkat, penghasilan CoQ10 dalam tubuh badan kita semakin merosot, ditambah lagi dengan faktor stress, pemakanan yang tidak sihat, jangkitan kuman, penyakit yang dikaitkan dengan jantung, darah tinggi dan pengambilan ubat-ubatan lain seperti pil penahan sakit. Jadi amat penting untuk memastikan pengambilan CoQ10 bagi meningkatkan kesihatan yang lebih baik pada tubuh badan kita. Secara semulajadinya, CoQ10 boleh didapati daripada pemakanan harian seperti daging, bijirin, produk tenusu serta pengambilan suplemen CoQ10 yang berkualiti. 

  Antara kajian yang telah dijalankan bagi membuktikan bahawa CoQ10 dapat mengatasi masalah migrain adalah Jurnal daripada saintis dari Jabatan Neurology Cincinati Childrens Hospital Medical Centre Amerika Syarikat memberikan hipotesis bahawa sakit migrain dikaitkan oleh kekurangan CoQ10 dalam tubuh. (rujukan: Hershey AD, "Coenzyme Q10 deficiency and response to supplement in pediatric and adolescent migraine" Headache 2007 Jan;47(1):73-80)

  Jadi, masih ingin mengambil pil penahan sakit untuk mengatasi masalah migrain anda? Apa kata anda bertukar kepada suplemen yang lebih selamat untuk anda. Anda boleh terus menghubungi saya seperti dibawah untuk penjelasan lebih lanjut mengenai produk ini.

**  These statement have not been evaluated by Food and Drug Administration.  These product are not intended to diagnose, treat, prevent and cure any disease.

Untuk Order & Pertanyaan




0 comments:

Post a comment