Clog Duct Yang Menyakitkan..Bagaimana Cara Mengatasinya??

Assalamualaikum wbt..

  Sudah lama rasanya tak membincangkan hal-hal penyusuan dalam blog saya. Kali ni saya ingin berkongsi tentang satu topik yang sentiasa dikaitkan dengan masalah penyusuan iaitu Clog Duct.

  Bila sebut Clog Duct, mungkin ada ramai yang tidak tahu maksudnya, tetapi bila kita sebut Bengkak Susu, mungkin ramai ibu-ibu diluar sana yang tahu apa maksudnya. Boleh rujuk pada entri Bengkak Susu untuk mengetahu cara mengatasinya.

  Clog Duct sebenarnya terjadi apabila saluran yang menyalurkan susu keluar tersumbat atau tersekat.  Ini selalunya terjadi apabila penghasilan susu lebih banyak dari pengeluarannya. Contohnya jika bayi anda menghisap dengan kadar yang sedikit ataupun anda malas mengepam, clog duct boleh terjadi. Penggunaan pam yang tidak sesuai juga boleh menyebabkan clog duct kerana kemungkinan payudara tidak dikosongkan betul-betul. Pengunaan bra besi serta posisi yang salah semasa menyusukan anak juga boleh menyebabkan terjadinya clog duct kerana pengaliran susu mungkin terganggu akibat pemakaian bra berbesi atau anak tidak dapat menyusu dengan betul menyebabkan payudara belum benar-benar kosong.





  Sekiranya keadaan clog duct ini tidak diubati, ia mungkin boleh menyebabkan masalah yang lebih serius seperti mastitis. Mastitis terjadi apabila clog duct menjadi semakin serius dan mengakibatkan infection atau jangkitan kuman. Pada peringkat ini, ibu akan mengalami demam dan perlu mendapat rawatan doktor.

Mengatasi Clog Duct Dengan Lecithin

  Lecithin adalah antara suplemen yang dapat membantu mengatasi masalah clog duct. Ia sangat membantu dalam melancarkan peredaran darah pada kelenjar susu anda dan membantu memecahkan lemak yang tersumbat. Berikut adalah kelebihan Lecithin.



  Ini pula adalah testimoni mereka yang mengamalkan Lecithin untuk mengatasi masalah clog duct



  
  Walaupun anda mengamalkan pengambilan Lecithin yang konsisten, perlu anda ingat bahawa anda perlu meneruskan aktiviti mengepam yang konsisten dan menyusukan bayi sekerap yang mungkin bagi mengatasi masalah clog duct. Pastikan anda sentiasa mengosongkan payudara anda dan memastikan puting anda tidak tersumbat untuk mengelakkan clog duct.

**  These statements have not been evaluated by Food and Drug Administration.  These product are not intended to diagnose, prevent, treat or cure any disease.

Untuk Order & Pertanyaan




0 comments:

Post a Comment