Cegah Osteoporosis Sebelum Terlambat

Assalamualaikum

  Osteoporosis adalah sejenis penyakit yang senyap dan serius.  Retak atau patah tulang pinggul adalah keadaan yang biasa dihadapi oleh penghidap osteoporosis.  Osteoporosis dikaitkan dengan ketumpatan tulang yang kurang dan sekiranya ini terjadi ia boleh menyebabkan kecacatan kekal kepada penghidapnya.  

Bagaimana mencegah Osteoporosis dari awal??

  Osteoporosis dikaitkan dengan kekurangan kalsium pada tulang kita. Secara amnya, tubuh kita memerlukan kalsium yang mencukupi bagi memelihara tulang dan gigi, mencegah berlakunya osteoporosis, penyimpanan glikogen dan melancarkan fungsi otot, sistem dan saraf. 

  Disebabkan tubuh kita sendiri tidak dapat menghasilkan kalsium, sudah seharusnya kita mengambil sumber kalsium daripada pemakanan harian kita. Sumber kalsium ini diperolehi melalui hasil tenusu, yogurt, susu segar dan sayur-sayuran hijau. Namun realiti sebenar, kita tidak mampu mendapatkan jumlah kalsium yang mencukupi melalui pemakanan kita kerana corak pemakanan yang berbeza-beza bagi setiap individu.

makanan yang mengandungi kalsium

  Hasil penyelidikan yang dijalankan oleh Universiti Putra Malaysia dan Universiti Otago New Zealand menunjukkan kebanyakan wanita di Malaysia mendapat kurang daripada 50% kalsium yang diperlukan bagi membina kesihatan tulang. Kenyataannya, wanita harus mengambil lebih banyak kalsium lebih-lebih lagi ketika mereka hamil dan menyusukan anak. 

Perbezaan tulang sihat (kiri) dan tulang osteoporosis (kanan)

Berapa banyakkah jumlah kalsium yang diperlukan?

  Penduduk asia disarankan untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 800-1000mg kalsium sehari, disamping nutrien lain seperti zink, magnesium, dan vitamin D yang diperlukan untuk menghasilkan tulang yang kuat dan sihat.  

  Ostematrix Shaklee membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium, vitamin D, zat besi dan magnesium bagi memberikan kesihatan yang lebih baik.  Setiap kapsul Ostematrix mengandungi 250mg kalsium dan ia amat mudah ditelan.  Jadi dengan menelan 4 biji Ostematrix setiap hari, pengambilan kalsium kita telah lengkap 1000mg mengikut keperluan tubuh.

  Jadi, bagi anda yang ingin mendapatkan sumber kalsium tetapi kurang gemar minum susu, maka pengambilan Ostematrix ini dapat menggantikan jumlah kalsium yang anda tidak perolehi dari sumber pemakanan anda. Senang kan? Lebih maklumat dan testimoni mengenai kalsium boleh klik OSTEMATRIX SHAKLEE.


**  These statement have not been evaluated by Food and Drug Administration.  These product are not intended to diagnose, prevent, treat or cure any disease.

Untuk Order & Pertanyaan


0 comments:

Post a comment