Benarkah Set Penyusuan Shaklee Banyakkan Susu Ibu??

Assalamualaikum wbt..

  Saya acapkali mendengar ibu-ibu begitu bersemangat untuk menyusukan anak mereka 2 tahun penuh. Namun daripada yang selalu bercerita dengan saya hanya sedikit sahaja yang mampu betahan sehingga 2 tahun penyusuan. Ini mungkin disebabkan oleh kekurangan ilmu untuk menjayakan penyusuan.


  Apabila susu merundum, ibu-ibu ini akan mula mencari produk-produk dipasaran dengan harapan susu mereka akan melimpah ruah. Apabila produk ini tidak membantu meningkatkan penghasilan susu, ibu-ibu menyalahkan produk tersebut. Tapi hakikatnya konsep penyusuan itu sebenarnya yang paling penting dalam meningkatkan penghasilan susu ibu. Vitamin HANYA MEMBANTU.

  Sebenarnya antara perkara yang perlu diutamakan dalam menjayakan penyusuan ini adalah:

  1. Susu akan semakin banyak apabila si anak kerap menyusu dan ibu itu sendiri konsisten mengepam setiap 2 jam
  2. Pengambilan 3liter sehari
  3. Pemakanan ibu hendaklah seimbang. Ibu yang menyusu tidak boleh skip makan dan berdiet kerana keperluan anak itu lebih penting 
  4. Jika ibu merancang kehamilan, ibu perlu tahu jenis perancangan kehamilan yang macamana hendak digunakan. Ubat perancang kehamilan biasanya akan mempengaruhi produksi susu ibu
  5. Ramai ibu-ibu tidak memahami konsep POWER PUMPING. Power pumping amat penting dalam meningkatkan supply susu ibu khususnya pada ibu yang bekerja kerana pada waktu pejabat anak tidak dapat menyusu, maka power pumping dapat menganti demand milk supply si anak
  6. Ramai dikalangan ibu-ibu awal-awal lagi sudah mengatakan susu mereka tidak cukup. Seharusnya ibu perlu YAKIN bahawa susu anda adalah cukup untuk anak anda.
  7. Jangan bandingkan diri anda dengan orang lain. Bersyukur dengan rezeki susu ibu yang anda terima
  8. Kekal positif dengan hasil usaha sendiri
  9. Ibu perlu kekal sihat kerana badan yang tidak sihat akan menggangu penyusuan susu ibu itu sendiri.
  10. Sentiasa bersyukur setiap kali memerah / menyusukan supaya tenaga positf kuat dalam diri
  Jadi setelah mengkaji semua faktor diatas, anda mungkin dapat menilai diri sendiri samada anda memang betul-betul konsisten dengan perkara diatas. Sebenarnya pengambilan suplemen ini membantu menyerap vitamin yang diperlukan oleh badan si ibu. Apabila badan siibu sihat, proses penyusuan juga akan berjalan dengan lancar.

  Alhamdulillah..January 2014, genaplah tempoh penyusuan saya pada Amna selama 2 tahun. Dalam tempoh ini, memang saya amalkan pengambilan vitamin Shaklee dan paling penting POWER PUMPING. Bagi saya setiap vitamin Shaklee mempunyai fungsinya sendiri, dan saya amalkan pengambilan ESP + Alfalfa sebagai basic set penyusuan dan Set 3M sebagai milkbooster.

Set 3M

  Jadi jika anda bercadang untuk mengambil set penyusuan, pastikan anda tahu set mana yang ingin anda ambil. Penyusuan dengan ilmu insyaAllah akan memudahkan penyusuan anak anda. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai penyusuan susu ibu, anda boleh klik di link-link berikut ya..
**  These statement have not been evaluated by Food and Drug Administration.  These product are not intended to diagnose, treat, prevent or cure any disease.

Untuk Order & Pertanyaan


  

0 comments:

Post a comment