Bagaimana Meal Shakes Membantu Meningkat Selera Makan Anak?

Assalamualaikum..

  Saya sentiasa didatangi soalan daripada ibu-ibu yang mempunyai anak yang kurang selera makan dan ingin menjadikan Meal Shakes sebagai suplemen bagi meningkatkan selera makan anak mereka. Mereka mengharapkan dengan memberikan Meal Shakes selera makan anak akan bertambah-tambah namun jika keadaan sebaliknya berlaku, maka Meal Shakes dipersalahkan kerana tidak berkesan.

  Sebenarnya bila ditanya 'benarkah Meal Shakes boleh meningkatkan selera makan?" ia berbalik sebenarnya kepada masalah kenapa anak tak mahu makan. Bila saya didatangi dengan soalan sebegini, saya akan menasihati ibu-ibu untuk mempelbagaikan jenis makanan anak mereka. Mereka perlu lebih kreatif dalam menyediakan makanan yang mereka hidangkan bagi menarik minat anak mereka. Bagi kanak-kanak yang berusia dibawah 1 tahun, anda tidak perlu risau jika mereka kurang makan kerana pada peringkat ini, mereka masih melalui fasa peralihan dalam pengenalan makan-makanan mengikut piramid makanan kita.

  
  Harus kita ingat, MAKANAN SEIMBANG ADALAH PENTING untuk anak-anak anda. Namun, sekiranya anak anda berterusan enggan makan, mereka mungkin akan kekurangan nutrisi dalam tubuh dan kekurangan nutrisi ini lah yang menyebabkan mereka makin kurang makan. Antara vitamin yang menyebabkan selera makin kurang adalah seperti: 

  • Vitamin B seperti asid folik dan thiamin
  • Fosforus
  • Zat besi
  • Zink
  Kekurangan vitamin-vitamin ini akan menyebabkan anak kurang selera makan. Jadi pengambilan Meal Shakes insyaAllah akan membantu mengatasi masalah selera makan anak-anak kerana Meal Shakes membekalkan vitamin dan mineral serta protien bagi membekalkan nutrisi kepada anak anda.

MEAL SHAKES BUKAN PENGGANTI MAKANAN SEIMBANG
  Sebagai ibu, khususnya jika anda ibu yang  bekerja dan tidak sempat menyediakan sarapan atau makanan yang seimbang kepada anak anda, kami mengesyorkan Meal Shakes bagi membekalkan vitamin dan mineral serta tenaga kepada anak anda. Namun, PEMAKANAN SEIMBANG perlu diutamakan kerana Meal Shakes hanyalah pelengkap kepada piramid makanan yang sebenar dan BUKAN pengganti kepada makanan seimbang.  Jangan sesekali memperkenalkan anak anda kepada junk food kerana junk food ini mengandungi empty calories yang hanya akan menyumbang kepada masalah kesihatan lain seperti diabetis dan masalah jantung

Apakah dia Meal Shakes?

  Meal shakes merupakan sumber protien yang mempunyai vitamin dan mineral tambahan.  Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.  Adakah anak saya perlukan Mealshakes? Bagi saya kenapa tidak? Mealshakes bukan sekadar memberikan selera makan kepada anak anda, tetapi ia merupakan suplemen bagi meningkatkan tahap kesihatan anak anda.

PERINGATAN

  Sila dapatkan nasihat yang betul dalam pengambilan Meal Shakes dari pengedar anda. Meal Shakes TIDAK SESUAI untuk diberikan kepada bayi berumur BAWAH 1 TAHUN dan cara pemberian Meal Shakes bukan seperti anda membancuh susu anak anda ya.

**  These statement have not been evaluated by Food and Drug Administration.  These product are not intended to diagnose, prevent, treat or cure any disease.

Untuk Order & Pertanyaan


0 comments:

Post a comment