Yakinlah Bahawa Rezeki Itu Telah Ditetapkan Oleh Allah...

Assalamualaikum wbt..

  Salam petang Jumaat buat semua pembaca Cahaya Hati Umi. Sekadar coretan pengalaman saya selama saya bersama Shaklee.

  Rasanya sudah setahun lebih saya menjadi pengedar Shaklee..alhamdulillah..macam-macam yang saya pelajari bila mengenali Shaklee. Yang lebih bermakna apabila manafaat kebaikan suplemen Shaklee itu kita dapat kongsikan bersama dengan orang lain, dan tiada yang lebih bermakna apabila pembeli memberikan respon yang memberansangkan dan perubahan yang lebih positif dengan suplemen Shaklee.



  Sudah menjadi adat dalam apa pun perniagaan yang kita lakukan, persaingan itu tetap ada. Tanpa persaingan, kita tidak dapat menolak diri kita ke tahap yang kita inginkan. Sepanjang tempoh saya bergelar pengedar Shaklee ramai juga yang kata susah untuk menjual kerana terlalu ramai pengedar menjual produk yang sama, ada pengedar yang menjual dibawah harga ahli dan macam-macam lagi yang saya pernah dengar. Tapi bagi saya, saya cuma pegang pada satu perkara..REZEKI!

  Saya sentiasa yakin rezeki itu sentiasa ada..cuma lambat atau cepat je rezeki kita, Allah telah menetapkan peraturannya. Rezeki Allah ini luas. Berniaga dengan berhemah insyaAllah barakah dia hebat. Amalkan amalan kerohanian sebagai kaedah untuk menjemput rezeki. Kena yakin dengan kuasa Allah jika ingin berjaya dalam Shaklee. Ramai yang berniaga Shaklee, pampang banner besar-besar depan rumah, habiskan wang ringgit untuk iklan..tapi hakikatnya rezeki datang dari Allah..Kalau Allah nak beri, siapa boleh halang? Kalau Allah tak nak beri pun, siapa boleh halang? Jadi tak perlu takut jika persaingan terlalu banyak. Usaha, doa dan tawakal, selebihnya serahkan kepada Allah.  

  Saya tetap bersyukur dengan rezeki yang saya perolehi. Jika kita fokus dengan apa yang kita suka, maka kita akan dapat hasilnya. Tak perlu takut dengan sempitnya rezeki dari Allah kerana Allah lah yang memberikan rezeki dan mengatur seluruh rezeki bagi hambaNya 

  Jika anda berminat untuk menyertai Shaklee, tak kisah lah untuk kegunaan sendiri, menambah sumber pendapatan keluarga atau serius untuk berjaya, anda boleh menghubungi saya untuk mendaftar menjadi ahli. InsyaAllah, anda akan dibimbing dengan leader-leader yang berjaya.

Salam Sayang..




0 comments:

Post a Comment