Tips Anak Bijak Guna Otak Kanan...

Assalamualaikum wbt..

  Hari ni saya nak share sesuatu yang saya baca mengenai tips bagaimana anak bijak guna otak kanan. Pernah dengar tak orang kata orang Jepun cerdik-cerdik? Pelik juga kan, tak kan lah orang Jepun je cerdik? Tak kan kita nak pergi Jepun untuk jadi cerdik kan? Heheh. Sebenarnya orang Jepun cerdik kerana mereka dilatih dari kecil menggunakan otak kanan untuk berfikir. Kajian di Jepun menunjukkan melatih anak menggunakan otak kanan untuk berfikir adalah lebih efektif melahirkan anak bijak berbanding otak sebelah kiri.



  Ini adalah antara tips yang saya baca bagaimana meransang anak menggunakan otak kanan:

1.  Ketika anak kita tengah tidur-tidur ayam, kita bercakaplah dengan mereka dengan sepenuh hati dan jujur bahawa kita amat-amat menyayanginya. Contohnya 'Amna..ummi sangat sayangkan amna..moga amna jadi anak yang solehah bila besar nanti, moga Amna jadi anak yang taat, menghormati orang tua, mentaati perintah Allah..Untuk pengetahuan anda, ketika anak kita tidur-tidur ayam, OTAK KANAN SEDANG BEKERJA DAN OTAK KIRI DAH PUN TIDUR.

2.  Guna flash card sebagai bahan untuk mengajar anak kita - Bila kita guna flash card, mula-mula boleh ajar perlahan-lahan. Tapi makin kerap kita ajar, kita kena tunjuk flash card tu laju-laju seupaya otak kanan anak kita tu bekerja keras untuk menangkap apa yang kita tunjuk. Kalau nak bagi flash card, biar lah yang colourful dan menarik perhatian..budak-budak kan suka warna-warna terang :)

3.  Ajar anak kita bermain tanah liat, cat air, melukis, gunting kertas dan sebagainya - Biasanya kita memang tak mau ajar anak main benda-benda yang comot ni kan? sebenarnya aktiviti ini boleh menguji otak kanan anak kita. Contohnya kita ambil pensel warna dan lukis kat kertas, anak pun dah tentu ikut..



4.  Jangan marah atau tengking anak kita - Bila kita marah, anak akan simpan apa yang kita marah tadi pada otak kiri. Tapi kalau kita dah terlanjur, kita minta maaf pada mereka dan buatlah yang no 1 diatas..bercakap-cakap dengan mereka bila mereka tidur-tidur ayam..Saya selalu minta maaf kat anak bila dia tidur sebab kadang kala sebagai ibu ni, kita terlepas cakap juga kan..kadang-kadang kita rasa macam kita tak dapat berikan yang terbaik untuk mereka (feeling touching tiba-tiba)

5.  Suruh anak habiskan cerita kita - Contohnya kalau kita bercerita sesuatu dengan anak kita, jangan habiskan cerita tu..cuba suruh anak pula habiskan..ini untuk anak-anak yang dah boleh bercakap. Kalau tak boleh, apa yang saya selalu buat, saya akan buat aksi sendiri berdasarkan apa yang saya ceritakan. Contohnya saya bacakan Amna story book pasal gajah, saya akan buat aksi gajah goyangkan belalai, atau pasal kanggaru, sy akan buat aksi kanggaru melompat-lompat..sekarang amna sendiri sudah pandai buat aksi tersebut..hehehe

6.  Kita juga boleh bermain teka teki dengan anak - Saya suka main bola kecil dengan Amna..dalam bermain tu, saya sorok bola tu dibelakang saya..lepas tu saya akan suruh Amna cari..satu lagi saya letakkan poster gambar atau pun huruf-huruf di dinding, hari-hari saya akan ajar Amna supaya dia boleh capture benda tu dalam memori dia :)

7.  Last sekali ganti perkataan jangan dengan tolong..Contohnya kalau Amna bising, dulu saya suka cakap "amna, jangan bising' huhuhu..sekarang saya dah tukar ayat.."Amna, keep quite okay sayang"..nampaknya ayat tu berkesan. Macam tu juga kalau saya minta tolong nak letak kain kotor dalam bakul..kalau saya cakap, 'Amna..letak kain ni dalam bakul'..biasanya Amna tak nak..tapi bila saya cakap 'Amna..tolong ummi letak kain dalam bakul sayang, Amna kan cleaver'..puji-pujian biasanya berkesan ;) sekaligus anak pun rasa bangga kerana dia berjaya melalukan sesuatu untuk ummi dia..:)

  Saya pun masih belajar lagi untuk mengajar menggunakan otak kanan..kena banyak sabar kerana tak semua yang kita ajar anak kita boleh ikut. Yang penting jangan paksa anak-anak kita untuk belajar apa yang mereka tak nak sebaliknya pujuk perlahan-lahan. Oh ye..satu lagi..saya juga berikan Amna suplemen Omega..baik untuk perkembangan otak kerana omega mempunyai minyak ikan yang mempengaruhi perkembangan otak anak



  Salam Sayang

  NurFatin Raihanah

  



0 comments:

Post a Comment