Tingkatkan Kesuburan Dengan Zink Kompleks Shaklee

Assalamualaikum wbt..

  Akhir-akhir ini, sambutan untuk GLA Kompleks amat menggalakkan. GLA dikenali sebagai suplemen yang membantu meningkatkan peluang untuk hamil. Ramai yang berjaya hamil dengan mengamalkan pengambilan GLA kompleks. Untuk melihat testimoni sila klik DISINI.

  Namun sebenarnya, peluang untuk meningkatkan peluang kehamilan ini bukan terletak pada wanita sahaja. Ada wanita yang tidak mempunyai masalah hormon tetapi masih gagal hamil. Jika masalah ini berlaku, mungkin suami perlu menjalankan pemeriksaan kesuburan bagi memastikan jumlah sperma yang ada pada tubuh cukup untuk meningkatkan peluang hamil untuk isteri.


  Zink Penting Untuk Meningkatkan Kesuburan

  Zink merupakan faktor penting yang memastikan sistem reproduksi kita berfungsi dengan baik. Ia bekerja bersama dengan 300 enzim dalam badan dan tanpa zink, sel-sel badan kita tidak dapat membahagi dengan sempurna, paras hormon estrogen dan progestron juga akan menjadi tidak seimbang dan sekaligus mengganggu reproduksi kita. 

  Bagaimana Zink mempengaruhi reproduksi wanita? 

  • Penghasilan telur (ovum) : tubuh wanita memerlukan sejumlah kecil zink untuk menghasilkan telur yang matang bagi tujuan persenyawaan.
  • Memelihara paras cecair folikel : tanpa cecair yang mencukupi didalam folikel, telur tidak dapat bergerak melalui tiub Fallopio ke dinding rahim (uterus) untuk penempelan.
  • Mengawal Atur Hormon :  Zink adalah antara mineral yang diperlukan oleh tubuh kita untuk memastikan paras hormon seperti progesteron, estrogen dan testosteron yang stabil sepanjang kitaran haid wanita.
  Satu lagi sebab mengapa wanita memerlukan zink yang mencukupi adalah kerana ia boleh membantu dan mengecilkan size fibroid. Oleh kerana fibroid juga mengakibatkan masalah ketidaksuburan, peluang untuk hamil adalah lebih besar jika fibroid ini dapat dikecutkan.

  Bagaimana Zink mempengaruhi reproduksi lelaki?
    Tahukah anda bahawa kesuburan lelaki bergantung kepada kualiti sperma yang dihasilkan dan bukannya kuantiti air mani yang dihasilkan. Kandungan zink pada lelaki yang tidak subur didapati memperbaiki bentuk, fungsi dan kualiti sperma dan menurunkan ketidaksuburan lelaki.



  Pengambilan zink yang cukup membantu dari segi:

  • bilangan sperma (sperm count) bertambah
  • pergerakan sperma (sperm motility) yang normal - sperma bergerak lurus dan tidak berpusing-pusing
  • ciri-ciri fizikal sperma (sperm morphology) yang normal dan sihat
  Paras zink yang rendah pada saluran reproduksi lelaki juga boleh mendatangkan masalah-masalah berikut: 
  • Sperma tidak matang - zink sangat diperlukan untuk membentuk membran luaran dan ekor sperma yang matang. Sperma yang tidak matang, tidak mampu bergerak jauh kedalam rahim untuk membenarkan persenyawaan.
  • Perubahan kromosom - paras zink yang rendah mungkin menyebabkan kecacatan kromosom pada sperma yang akhirnya boleh menyebabkan keguguran walaupun setelah persenyawaan dan penempelan telah berlaku.
  Jika anda ingin merancang kehamilan, anda boleh ikthiarkan dengan Shaklee. Harga zink kompleks pun agak murah tetapi manafaatnya banyak.

*** These statement has not been evaluated by Food and Drug Administration.  These product are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

Untuk order & pertanyaan
====================
NurFatin Raihanah
Sms/WhatsApp: 0193937880
Pm Admin: Live a Healthy Life (Cahaya Hati Umi)

0 comments:

Post a comment