Fakta Mengenai Soya...

Assalamualaikum wbt..

  Pagi tadi saya terima WhatsApp dari seorang teman bertanyakan samada ESP ini selamat diminum atau tidak memandangkan ESP diperbuat daripada soya. Banyak fakta-fakta yang saya baca dari internet mahupun yang saya dengar mengatakan soya ini tidak baik untuk kesihatan kerana dikhuatiri ia akan mempengaruhi faktor kesuburan lelaki mahupun wanita.

  Menurut Dr. Zubaidi dalam blog beliau mengenai soya:

  • Memang benar soya mengandungi phytoestrogen, tetapi kesan hormon phytoestrogen  ini amat lemah berbanding dengan estrogen yang sebenar.  Malah phytoestrogen ini mampu bertindak sebagai anti-estrogen yang membantu mengurangkan kesan menapous dan menghentikan pertumbuhan kanser
  • Soya tidak memberi kesan kemandulan kepada pengamalnya. Adapun kajian yang menunjukkan soya boleh merencatkan kesuburan, kajian tersebut sebenarnya mudah dicabar kerana kajian tersebut tidak dijalankan mengikut kaedah yang saintifik.  Kemandulan tersebut bukanlah disebabkan oleh soya tetapi mungkin disebabkan oleh faktor yang lain juga. 
  Untuk artikel penuh mengenai penulisan Dr.Zubaidi boleh ke link ini ye => kesan soya. Anda juga boleh ke link ini mengenai fakta soya dan kanser payu dara.

  Fakta yang menarik mengenai soya  (Dr. Nasr, Chicago Medical College)
  • 60 kajian menunjukkan soya boleh meningkatkan ketumpatan tulang berbanding kalsium dan magnesium sahaja
  • Protien soya menghalang pembentukan kolestrol jahat
  • Soya menghalang pembentukan batu hempedu
  • Isoflavon adalah agen anti kanser semulajadi
  • Soya menggalakkan sistem imun tubuh badan dengan meningkatkan kebolehan sel darah putih
  • Soya membantu memulihkan sel
  Fakta lain mengenai soya
  • Kebiasaannya soya diproses menggunakan kaedah larutan dalam asid untuk meleraikan fiber, sebelum dinuetralkan kembali menggunakan alkali
  • Kaedah ini memusnahkan kebanyakan nutrisi penting dalam soya
  • Kadar aluminium yang tinggi didalam soya adalah disebabkan oleh kaedah pemprosesan dengan asid. Soya kemudian dikeringkan dengan suhu yang tinggi dan ini menyebabkan protien didalam soya itu musnah kerana protien amat sensitif pada suhu yang tinggi
  • Soya dari Shaklee amat unik kerana kaedah pemprosesan melalui air dan dilakukan pada suhu yang rendah
  • Phytoestrogen didalam soya hanya 1/1000 daripada kekuatan estrogen badan
  • Phytoestrogen membantu badan kerana ia akan bergabung dengan estrogen receptor dan menghalang Xenoestrogen daripada bergabung dengan estrogen dalam badan

  Jadi kesimpulannya, ESP telah menepati semua kriteria diatas dan selamat untuk diambil.

  Untuk maklumat lebih lanjut boleh hubungi saya

  Order & Pertanyaan

  NurFatin Raihanah
  Sms/WhatsApp: 019 393 7880
  Pm Admin : Live a Healthy Life (Cahaya Hati Umi)
  Email: nurraihanah20@gmail.com


  

0 comments:

Post a Comment