Anak Sembelit; Kenali Punca dan Cara Mengatasinya...

Assalamualaikum wbt..

  Satu perkara yang merisaukan kita sebagai ibu bapa adalah apabila anak kita mengalami sembelit. Sebenarnya sembelit ini tidak perlu terlalu dibimbangkan jika kita sebagai ibu bapa tahu cara untuk mengatasinya dan tau dari mana punca masalahnya..InsyaAllah..

  
  Punca sembelit pada anak

  Biasanya bayi yang diberikan susu ibu jarang mengalami sembelit. Ada kalanya bayi yang hanya minum susu ibu akan membuang dalam tempoh beberapa hari sekali. Pekara ini adalah normal kerana susu ibu mudah dihadam. Namun apabila diet bayi berubah setelah diperkenalkan dengan makanan pejal, kemungkinan bayi mendapat sembelit itu tetap ada jika makanan yang dimakan adalah tidak sesuai untuk dirinya.

  Bagi kanak-kanak yang berumur setahun ke atas pula, sembelit boleh disebabkan oleh;

  • Anak suka menahan dari membuang air besar - Ini terjadi apabila anak takut pergi ke tandas atau mereka tidak selesa untuk membuang ditandas. Oleh itu mereka lebih rela untuk menahan sendiri
  • Toilet Training terlalu awal - Jika terlalu awal melatih anak untuk toilet training tetapi anak belum bersedia, dikhuatiri anak akan lebih rela menahan dari membuang
  • Perubahan pada makanan - Jika anak kurang makan sayur atau minum air, kemungkinan sembelit itu juga tinggi. Perubahan tekstur makanan dari makanan cair, lembut, keras juga mempengaruhi sembelit
  • Perubahan rutin - Ketika berada dirumah, jika anak mempunyai rutin membuang setiap hari, tiba-tiba rutin ini berubah kerana anak dah mula bersekolah, atau bersiar-siar, ini akan mengganggu rutin dia untuk ke tandas. Perubahan rutin mungkin boleh menyebabkan masalah sembelit
  • Alah kepada susu lembu - Pekara ini amat normal terutama sekali pada bayi yang mula menyesuaikan diri kepada susu lembu. Sebab itu dalam memberikan susu formula, ibu bapa perlu mencuba pelbagai jenis susu formula sehingga anak betul-betul serasi. Jika anak masih tak serasi dengan susu lembu, mungkin boleh berikan alternatif lain seperti susu soya.
  Cara mengatasi sembelit

  Bagi bayi, anda boleh lakukan 'cycling exercise' dimana anda baringkan bayi anda dan mengayuhkan kaki bayi anda seperti mengayuh basikal di udara. Kaedah ini mampu melancarkan perjalanan usus bayi. Untuk kanak-kanak yang berumur setahun keatas anda boleh:
  • Tingkatkan pengambilan fiber dalam menu harian mereka seperti minum air yang banyak, lebih banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan
  • Kurangkan pengambilan gula, makanan berlemak dan makanan yang diproses
  • Berikan anak buah-buahan segar seperti prun, kismis, aprikot, betik setiap hari untuk memudahkan mereka lawas
  • Anda juga boleh tambahkan pengambilan serat yang berbentuk serbuk untuk dimasukkan dalam makanan dan minuman mereka.
  Jika anda mengalami masalah mengatasi masalah sembelit pada anak, Mealshakes mungkin dapat membantu. Mealshakes merupakan suplemen kesihatan yang membekalkan sumber protin lengkap berserta serat, vitamin dan mineral tambahan. Mealshakes juga sesuai untuk seisi keluarga, jadi satu keluarga akan dapat manafaat daripada Mealshakes. Untuk testimoni Mealshakes sila klik DISINI.




  Anda berminat mendapatkannya, boleh hubungi saya ye..:)

** These statement has not been evaluated by Food and Drug Administration. This product are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

  Untuk Order & Pertanyaan
  ==================
  NurFatin Raihanah
  Sms / WhatsApp : 0193937880
  Pm admin : Live a Healthy Life (Cahaya Hati Umi)
  Email: nurraihanah20@gmail.com

  

0 comments:

Post a Comment