6 Kaedah Semulajadi Untuk Mengurangkan Keguguran Rambut

Assalamualaikum wbt..

  Keguguran rambut khususnya pada wanita yang baru lepas bersalain adalah satu perkara yang normal. Sepanjang tempoh kehamilan, hormon progesteron dan estrogen pada wanita hamil sangat tinggi. Kedua-dua hormon ini menyebabkan pertumbuhan rambut terhenti dalam phasa anagen atau lebih dikenali sebagai fasa pertumbuhan. Sebab itu, wanita hamil kelihatan berseri-seri dan nampak cantik dan rambut mereka kelihatan berkilat dan bersinar-sinar.

  Tetapi, selepas bersalin iaitu sekitar usia bayi tiga hingga empat bulan, kesemua hormon akan kembali normal dan pada waktu ini, ibu-ibu akan mengalami semula masalah keguguran rambut.  Disebabkan tempoh kehamilan tidak banyak rambut yang gugur, kali ini keguguran rambut berlaku dengan lebih banyak.  Rambut yang gugur berterusan menyebabkan ia tidak sempat tumbuh dan memanjang.  Akibatnya, rambut kelihatan semakin menipis dan jarang.

  Jika anda mengalami masalah keguguran rambut, mungkin anda boleh mengamalkan 6 kaedah semulajadi ini:

Rawatan minyak panas untuk rambut
  Anda boleh menggunakan minyak kelapa atau minyak zaitun untuk mengurangkan masalah ini. Panaskan minyak kelapa atau minyak zaitun dan urut kulit kepala anda dengan minyak tersebut. Tutup rambut anda selama 1 jam untuk membolehkan minyak itu meresap kedasar kulit kepala.

Jus semulajadi
Anda boleh merawat keguguran rambut ini dengan menggunakan jus bawang putih mahupun jus halia. Urut kulit kepala dengan jus ini dan biarkan semalaman.  Mungkin anda tidak tahan dengan baunya tapi bawang putih dan halia merupakan antiseptik dan natural remedy yang baik untuk mengurangkan masalah keguguran rambut.

Lakukan urutan kulit kepala
Melakukan urutan keatas kulit kepala selama beberapa minit setiap hari membantu melancarkan pertumbuhan rambut yang aktif.  Urutan ini juga boleh dilakukan dengan menggunakan minyak rambut seperti minyak bayi

Antioksida
Tehi hijau merupakan antioksida yang baik untuk mengurangkan kadar keguguran rambut. Ambil 2 uncang teh hijau dan rendamkan didalam air suam. Guna air teh hijau ini untuk mengurut kulit kepala anda. Biarkan selama sejam agar khasiat teh hijau meresap ke dasar kulit kepala anda.  Teh hijau mengandungi antioksida yang mengurangkan kadar keguguran rambut disamping menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat.

Pokok bunga raya
Bunga raya juga boleh digunakan untuk merawat masalah keguguran rambut.  Tumbuk bunga raya dan urut pada kulit kepala anda.  Lakukan kaedah ini setiap hari dan insyaAllah anda akan perolehi hasilnya.

Relax dan bertenang.
Keguguran rambut banyak dikaitkan dengan masalah stres. Jadi anda perlu sentiasa tenang. Lakukan aktiviti yang boleh menenangkan emosi anda.

  Pengambilan suplemen juga boleh membantu anda mengurangkan masalah keguguran rambut. Untuk mengetahui lebih banyak mengenai suplemen yang membantu mengurangkan masalah kekurangan rambut, anda boleh boleh klik DISINI


Untuk Order & Pertanyaan
====================
NurFatin Raihanah
Sms/WhatsApp: 0193937880
Pm admin: Live a Healthy Life (Cahaya Hati Umi)
Email: nurraihanah20@gmail.com






0 comments:

Post a comment