Tuesday, 11 June 2013

Tips Berpuasa bagi Ibu Hamil

Assalamualaikum wbt..

  Alhamdulillah..kita sudah memasuki bulan Syaaban..maksudnya tak lama lagi Ramadhan akan menjelma dan kita semua akan mula menjalankan ibadah puasa. Bagi ibu hamil khususnya yang hamil anak pertama, pengalaman berpuasa ketika hamil mungkin sesuatu yang menimbulkan persoalan samada berpuasa akan mempengaruhi anak dalam kandungan. Berikut ini saya sertakan beberapa tips dan panduan berpuasa bagi ibu-ibu yang mengandung.



1.  Jangan tinggalkan sahur
  Pastikan ketika bersahur anda mengamalkan pemakanan yang seimbang. Lebihkan pengambilan makanan berkarbohidrat yang akan membekalkan tenaga seharian kepada anda dengan bayi anda. Makanan seperti kurma ketika sahur amat digalakkan pengambilannya kerana buah kurma membekalkan tenaga kepada anda sepanjang anda berpuasa.

2.  Perbanyakkan makanan yang berserat dan dan bernutrien tinggi ketika bersahur.
  Pastikan anda cukup pengambilan air semasa bersahur dan berbuka. Banyakkan pemakanan yang memberi tenaga kepada anda. Sayur-sayuran serat kepada anda disamping mengelakkan anda mengalami sembelit sepanjang berpuasa kerana kurang minum air

3.  Kurangkan aktiviti fizikal
  Kena sentiasa kawal aktiviti harian kita. Kalau sebelum ini, kita jenis yang aktif walaupun mengandung, pada bulan puasa, kurangkan aktiviti yang biasa kita lakukan. Pada bulan puasa, amat mudah untuk kita mengalami dehidrasi apatah lagi jika kita kurang minum air ketika sahur. 

4.  Jika terdapat simptom yang luar biasa ketika berpuasa, segeralah berbuka dan terus ke klinik. Sekirannya anda risau dengan kandungan anda ketika berpuasa, jangan paksa diri anda untuk berpuasa. Ibu2 mengandung diberikan kelonggaran untuk tidak berpuasa sekiranya khuatir akan memudaratkan bayi dalam kandungan.

5.  Minum air yang banyak selepas berbuka. Seelok-eloknya air suam atau air kosong. Air manis tidak elok untuk kandungan anda. Sekiranya anda sentiasa membuang air kecil pada waktu malam, itu satu petanda yang baik yang menunjukkan anda tidak mengalami dehidrasi. Elakkan juga pengambilan minuman berasaskan kafien kerana ia akan menyerap vitamin yang anda makan sepanjang kehamilan anda. 

6.  Pengambilan vitamin 
  Digalakkan untuk mengambil vitamin sepanjang berpuasa. Kebiasaannya doktor akan memberikan vitamin untuk kandungan anda. Ambil vitamin pada waktu malam untuk mengelakkan daripada kesan sampingan seperti loya dan pening. Harus diingat, sekiranya kita tidak mengambil kuantiti yang cukup dengan pengambilan vitamin, darah kita akan menjadi semakin pekat dan boleh menyebabkan kita berasa pening. Disebabkan oleh itu, amat digalakkan pengambilan vitamin pada waktu malam. Jangan lupa juga untuk minum segelas susu suam pada waktu malam bagi membekalkan kalsium yang cukup kepada anda dan bayi anda.

7.  Jangan paksa diri untuk berpuasa
  Pakar berbidanan dan sakit puan Hospital Pakar Putri, Johor Bahru, Dr Noor Aini Shari berkata "Ibu-ibu yang terus memaksa diri untuk berpuasa tanpa menimbangkan keadaan kehamilan itu sendiri akan membahayakan fetus/janin mereka sendiri. Malah janin juga boleh terkena hipoglisemia, kekurangan zat gula, nutrisi dan zat makanan yang berguna untuk pertumbuhannnya.  Kasihanilah anak yang ada dalam kandungan. Segala keberkatan tidak berguna jika anak kita tidak sihat'.

  Selama mana keadaan kesihatan kita tidak memudaratkan bayi dalam kandungan, kita boleh berpuasa. Andai betul-betul tak mampu, boleh berbuka tetapi hendaklah menqadakan semula puasa itu.  Dalam satu riwayat dari Anas Bin Malik Al'kabi berkata, Rasullullah SAW bersabda' Sesungguhnya Allah telah meringankan bagi musafir bagi ibadah berpuasa dan separuh dari solat, dan wanita hamil dan menyusui (ia meringankan) puasa. Dalil diatas menunjukkan wanita yang hamil dan menyusukan diberi kelonggaran untuk berpuasa.

  Semoga semua urusan berpuasa buat ibu-ibu hamil dan menyusu dipermudahkan. Ingin mendapatkan suplemen agar kekal cergas dan sihat sepanjang berpuasa, boleh SMS/WhatsApp saya di 0193937880.

Salam Sayang

~ Cahaya Hati Umi ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...