InsyaAllah akan kembali pada bulan Jun ini....

Assalamualaikum wbt..

  Wahhh..terlalu lama saya bercuti dari update blog Shaklee ini, namun saya bersyukur kerana masih ada lagi yang sudi singgah di blog saya dan mengenali produk2 Shaklee. Alhamdulillah walaupun bercuti sementara dari menulis blog dan update produk Shaklee, masih ada yang sudi membeli produk Shaklee dari saya. Pada kesemua pelanggan saya dan dan pembaca yang sudi singgah di blog ini, saya ucapkan terima kasih kepada anda semua..

  Berehat seketika dari update blog dan page saya ( Live a Healthy Life ) tidak bermaksud saya juga berehat dari mengambil suplemen Shaklee..:) Bagi saya Shaklee tetap menjadi pilihan sebagai suplemen harian saya. Dan sepanjang saya berehat kerana masalah yang tidak dapat dielakkan, saya sentiasa mengambil vitamin2 ini:


B-Complex - Vitamin ini saya ambil lebih kepada untuk menenangkan diri saya. Banyak perkara suka dan duka berlaku sepanjang saya berehat dan pengambilan vitamin ini menjadikan saya lebih tenang. Apabila saya tidak cukup rehat atau tidur, saya senang mendapat migrain, alhamdulillah dengan pengambilan B-Complex berserta dengan Ostematrix, saya tidak mengalami masalah migrain.

Ostematrix - Pil kalsium ini antara pil kegemaran saya. Kenapa?? Sebab Ostematrix membantu saya tidur dengan lebih lena. Walaupun dibebani dengan tugas dan perkara yang banyak, ostematrix sentiasa membantu saya tidur dengan lebih lena. Satu lagi..tiada lagi sakit2 pinggang bila bangun dari tidur. Saya juga mengamalkan pengambilan Ostematrix semasa saya period dan alhamdulillah, tiada masalah sakit2 pinggang, senggugut dengan pengambilan ostematrix dan vitamin B-complex dengan konsisten.

Alfalfa - Alfalfa antara suplemen Shaklee yg saya sts makan dari mula saya kenal Shaklee hingga sekarang. Sebagai ibu yang masih menyusukan anak yang berusia 1 tahun 4 bulan, saya memerlukan alfalfa sebagai milkbooster. Tapi makan Alfalfa saja tak cukup tau..kena minum air secara konsisten, kena kerap pam / susukan anak dan kena sts istiqamah moga anak kita masih dimurahkan rezeki untuk dapat menyusu.

ESP - Rasanya tak lengkap set Milkbooster jika Alfalfa tidak digabungkan dengan ESP. ESP memang memberikan saya rasa kenyang apatah lagi bila dicampur dengan horlicks. Walaupun letih, tapi dengan pengambilan ESP tidak menampakkan saya letih, malah ada org tegur muka saya kelihatan lebih cerah. Semuanya kerana ESP..:) Satu lagi, ESP menjadikan susu saya lebih pekat dan anak minum pun lebih kenyang. 

  Kesimpulannya..walau apa pun keadaan dan dimana pun saya, suplemen Shaklee sentiasa dalam simpanan. Jom sihat bersama Shaklee. Nak order dari saya pun boleh. Hubungi saya melalui sms atau whatsApp di 0193937880.

Salam sayang 

~ Cahaya Hati Umi ~

0 comments:

Post a Comment