Tips Mengatasi Masalah Kuat Marah pada Anak..


Assalamualaikum wbt..

  Apabila si kecil Amna sudah menginjak ke umur 1tahun 2bulan dan da mula dapat kaki, satu cabaran besar buat saya kerana Amna semakin lasak. Apatah lagi bila dia sudah pandai sepah2kan barang mainananya. Adakalanya memang tak boleh tahan dengan perangai anak, yelah..seharian kita bekerja, ingat nak rehat kat rumah, tp anak pula pula buat 'projek' sendiri. Kadang2 terlepas jugalah marah pada anak..tp bila fikir2kan semula, kenapa kita nak marahkan anak? bukankah ini satu perkembangan yang positif untuk anak bila dorang mula nak ekplore persekitaran. Jadi, apa tips yang kita boleh amalkan untuk mengatasi masalah kuat marah pada anak??


1.  Kanak2 sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibubapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentu anak akan pergi ke ibunya.  Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut dan tinggalkan seketika apa yang kita lakukan. Fokus pada anak dan tanya apa sebenarnya yang dia inginkan ( tips ni berkesan untuk saya..bila tgk anak mula meragam, saya berhenti buat kerja seketika, melayan dia dan tanya apa yang dia nak)

2.  Bila balik kerja dan ambil anak, luangkan sedikit masa untuk anak. Memanglah kita penat, tapi bayangkan seharian anak kita letak kat rumah pengasuh/nurseri, bila balik kita suruh dia buat kerja sendiri pula sedangkan mungkin masa tu anak nak cerita macam2 pada kita. Bagi yang ada pembantu rumah, jangan harapkan pembantu rumah yang melayan anak kita sahaja, nanti tak pasal2 anak lebih rapat padanya banding kita. Luangkan masa sedikit bersama anak, tanya apa yang berlaku pada dirinya hari ini. Sekurang2nya anak kita tahu kita memang mengambil berat pada dirinya.

3.  Ajarkan anak dengan perkataan 'sekejap ye sayang' instead of  'jangan kacau ibu/ayah, kami penat'. Anak akan lebih mendengar kata anda apabila anda menggunakan ayat sebegini. Jangan buat tak tahu je dengan anak kerana anak akan ignore anda bila anda pula memanggilnya nanti. The right way to make them listen to you is by listening to her first. Kita tidak boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian.  Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Anak kita mencerminkan diri kita.

4.  Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personaliti yang tersendiri. anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa2 sebab adalah anak yang sukakan perhatian. Oleh itu, apabila anak menjerit, beri perhatian kepadanya. Jika tabiat menjerit ini masih berterusan, anda perlu memberitahu bahawa menjerit ini tidak baik..beri sebab kenapa ia tidak baik. Biasanya anak akan mendengar kata kita jika kita memberi alasan pada setiap perbuatannya.

5.  Sentiasa ingatkan diri dengan sifat positif anak, keletah dan karenah anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian terhadap kelebihan tersebut dan jangan fikir tentang kekurangan anak. Setiap kali selesai sembahyang, berdoa pada Allah agar kita dapat mengubah sifat negatifnya. Berikan kata2 seperti 'ibu sayang kakak, nak kakak jadi anak yang baik' secara lembut agar kata2 itu dapat diterima oleh anak. Untuk diri saya sendiri..saya lebih suka memuji2 anak saya 'clever, pandai, baik, dengar cakap' supaya nilai2 positif itu diserap oleh anak kita. Bukankah kata2 ibu ini satu doa..jadi berhati2 dengan apa yang kita katakan pada anak kita..:)

6.  Ketika anak tidur, amalkan membaca surah Al-Fathihah, Ayat Kursi dan 3 Qul kepada anak untuk memelihara mereka dari gangguan syaitan. Saya juga amalkan surah Ya Latiff pada anak saya ketika mendodoikan dia sewaktu tidur dan menghembuskannya pada ubun2 kepala. Moga2 dengan amalan ini, anak kita lebih lembut hati dalam menerima apa yang kita ajar pada mereka.

  Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan, disiplin dan juga galakan kepada anak. Dedahkan anak kepada perkara2 yang positif bagi membina personaliti mereka yang positif. Belilah buku2 tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya.

  Semoga Allah mengurniakan rahmat dan kebijaksanaan kepada kita. Jangan berputus asa dengan anak kerana ia akan membuat anak berputus asa terhadap kita sebagai ibubapanya.Wallahualam..

.

0 comments:

Post a Comment