Ouchh!!! Si kecil sudah mula mengigit!

Assalamualaikum wbt..

  Apabila Amna da menjangkau setahun, dia baru tumbuh sebatang je gigi..agak lambat banding dengan bayi2 yang lain sebab bayi2 yang lain kurang dari setahun da tumbuh gigi. Seronok memang seronok tp saya amat takut klu dia mula mengigit masa menyusu. Pernah sekali secara tak sengaja, dia tergigit puting ketika menyusu..sakitnya memang tak leh dibayangkan..sampai keluar air mata..hehhe. Mujur itu je masa dia mengigit..alhamdulillah walaupun sekarang da tumbuh gigi dua batang, Amna tak mengigit..alhamdulillah..


  Jadi bagaimana pula jika bayi anda suka mengigit bila menyusu. Berikut saya berikan tips untuk mengelakkan gigitan bayi ketika menyusu:

1. Alihkan bayi
Antara langkah yang boleh anda lakukan bagi mengelakkan gigitan bayi ialah dengan mengalihkannya daripada payudara secara perlahan-lahan. Sambil itu, anda digalakkan untuk menyatakan perasan anda akibat perbuatannya.  Berkatalah "Sayang, jangan gigit mama" atau "mama sakit" biarpun keitak itu ada mungkin mempunyai sekelumit rasa marah kerana sakit, namun sebaik-baiknya luahkan perasaan anda secara berhemah dan lemah lembut. Untuk seketika, biarkan bayi berbaring sendirian sebelum anda menyambung semula sesi penyusuan. Dengan cara ini, ia dapat mendidik bayi bahawa jika dia mengigit, dia tidak akan dapat menyusu.

2.  Tekapkan muka
Ketika bayi mula mengetap bibir untuk mengigit, dekatkan mukanya ke arah dalam payudara.  Ini secara tidak langsung akan menyebabkan sesak nafas lalu mendorong dia untuk menghentikan gigitan supaya dapat bernafas semula.  Sekiranya anda kerap melakukan panduan ini, lama-kelamaan bayi akan mula faham bahawa dia akan mengalami masalah kesukaran bernafas.  Dengan yang demikian, diharap bayi akan mengelakkan diri daripada terus menggigit di sesi penyusuan seterusnya.

3.  Ketahui punca
Sepatutnya di awal sesi penyusuan, anda sendiri perlu mengelakkan diri daripada digigit. Hal ini dapat anda lakukan dengan mengenalpasti punca yang mungkin menjadi penyebab mengapa anda sering digigit. Berkemungkinan, ia berlaku kesan daripada perasan kecewa bayi kerana tidak berjaya memperoleh susu seperti yang diingininya. Jika itulah yang menjadi penyebab, anda harus merangsang aliran susu sebelum menyusukan bayi. Antara, anda boleh menekapkan payudara menggunakan tuala kecil yang telah direndam dengan air suam terlebih dahulu selama beberapa minit bagi melancarkan pengaliran susu.

4.  Amati Corak penyusuan
Di akhir sesi penyusuan pun, anda dapat mengelakkan gigitan bayi.  Ini dilakukan dengan mengetahui samada dia suka menggigit apabila mula mengantuk akibat kenyang mahupun ketika puting hampir terlepas daripada mulutnya.  Untuk itu, anda harus peka dan bersedia untuk menghentikan penyusuan setiap kali bayi menunjukkan tanda2 ingin mengigit.

5.  Posisi selesa
Anda seharusnya sentiasa memastikan bayi dan anda sendiri berada dalam posisi yang cukup selesa ketika sesi penyusuan berlangsung.  Sekiranya bayi mahupun anda kelihatan tidak selesa dengan posisi penyusuan tertentu, segeralah membetulkan posisi berkenaan agar lebih selesa.

6.  Leraikan dengan Jari
Apabila anda dapat merasakan bayi akan mengigit, segera masukkan jari kelingking dibahagian tepi mulutnya bagi meleraikan dia daripada payudara.  Namun, jangan sesekali meleraikan sesi penyusuan secara tiba-tiba tanpa memasukkan jari anda terlebih dahulu. Hal sebegini boleh mencederakan puting dan tentunya ia lebih menyakitkan.

7.  Gigit Alat lain
Berikan bayi alat-alat lain untuk digigitnya seperti teether atau tuala kecil yang dibekukan didalam peti sejuk beku.  alat bantuan seperti ini amat bagus kerana membantu memenuhi keinginan bayi untuk mengigigt sesuatu agar dapat menghilangkan rasa gatal gusi.  Oleh yang demikian, jadikan alat-alat sebegini sebagai alternatif untuk mengelakkan diri sendiri digigit.

8.  Elakkan Jeritan
Cuba hindari diri daripada menjerit kepada bayi ketika dia mengigit.  Malah, jangan sesekali memukul atau menampar pipinya. Keadaan ini mungkin membuatkan bayi terkejut dan takut untuk meneruskan penyusuan. Lebih menjadi teruk lagi, ia mungkin penyebab untuk bayi enggan lagi menyusu.

Cara-cara untuk menghentikan bayi yang mengigit:

  • Katakan 'tidak' dengan tegas, merenung ke dalam matanya dengan marah dan hentikan penyusuan.  Dia perlu mengaitkan mengigit dengan kehilangan puting-kebanyakan bayi tidak suka dengan perpisahan ini.
  • Jika dia teruskan juga, letakkannya di atas lantai untuk seketika sebaik saja dia mengigit.
  • Untuk kanak-kanak boleh berjalan yang suka mengigit, jadikannya sesuatu yang positif apabila dia tidak mengigit. Berikannya banyak pelukan, ciuman dan pujian.
  • Jika anda rasa dia inginkan perhatian, berikan perhatian sepenuh anda semasa penyusuan.
  • Belajar menyedari bila dia sudah hampir selesai
  • Untuk kanak-kanak boleh berjalan yang suka mengigit, jadikannya sesuatu yang positif apabila dia tidak mengigit. Berikan banyak pelukan, ciuman dan pujian.
  • Jika anda rasa dia ingin perhatian, berikan perhatian sepenuh anda semasa penyusuan.
  • Belajar menyedari bila dia sudah hampir selesai
  • Jangan menyusukan kecuali dia betul-betul lapar.
  • Hentikan penyusuan jika dia mula terlelap
  • Berikan gegelang gigit sebelum dan/atau selepas penyusuan
  Semoga tips2 diatas dapat membantu mengatasi masalah bayi mengigit ketika menyusu. Untuk lebih tips penyusuan, kehamilan, kecantikan, pelansingan, dan kesihatan, boleh terus hubungi saya.

0 comments:

Post a Comment