Lecithin; bukan sekadar membakar Lemak sahaja..

Assalamualaikum wbt..

  Bila bercakap mengenai Lecithin, kebanyakan dari kita mahupun customer yang membelinya dari saya menganggap Lecithin hanya sebagai pengelmusi makanan atau dalam erti kata lain membakar lemak untuk pelangsingan badan..tapi sebenarnya, banyak manafaat Lecithin ni yang kita tidak tahu.
Antaranya;

Memecahkan Lemak dan Kolestrol
Lecithin membolehkan lemak-lemak seperti kolestrol, triglyseride dan lipid diuraikan didalam air dan disingkirkan dari badan. Oleh itu, ia membantu organ-organ penting seperti ateri dan hati diliputi lemak. Dengan cara ini, ia mampu meningkatkan kolestrol baik (HDL) dalam badan kita.

Melindungi tubuh dari penyakit Kardiovaskular dan Tekanan Darah Tinggi
Lecithin yang berfungsi sebagai pengelmusi lemak akan membantu mencairkan lemak yang terdapat dalam saluran darah dalam tubuh. Ini memastikan agar saluran darah dalam tubuh tidak tersumbat dan sekaligus mengelakkan kita daripada penyakit kardiovaskular iaitu penyakit yang dikaitkan dengan jantung. Dengan membersihkan saluran darah juga, ia membantu mengelakkan penyakit tekanan darah tinggi.

Memperbaiki Fungsi Otak
Lecithin mengandungi Kolina yang membantu penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf.  Ini membantu proses pembelajaran, memperbaiki daya ingatan dan meringankan stres. Kolina merupakan komponen penting yang membantu penghantaran mesej ke otak. Sebab itulah jika kita perasan, dalam iklan susu untuk kanak-kanak, salah satu komponen yang terdapat didalamnya adalah kolina ;)

Membantu tubuh menyerap vitamin
Satu lagi kelebihan Lecithin, ia mampu menyerap vitamin A, D, E dan K dengan cepat dalam tubuh. Ini kerana Lecithin mudah larut dalam air dan ia mampu melarutkan vitamin yang ada dalam tubuh untuk diserap dalam tubuh.

Meringankan Sembelit
Lecithin mampu melembutkan najis dengan lebih berkesan, juga melembabkan usus dan meleraikan toksin dalamnya agar sistem perkumuhan tubuh dapat berfungsi dengan lebih baik

Membantu masalah Liang Susu tersumbat ( Clogged Duct )
Ibu-ibu yang mengalami masalah liang susu tersumbat dinasihatkan untuk mengambil lecithin. Lecithin akan membantu melancarkan pengaliran susu dari liang susu yang tersumbat.

  Tak sangka kan? Disebalik fungsinya yang hanya dikenali untuk membakar lemak, Lecithin sebenarnnya mempunyai banyak manafaat yang lain. Untuk melihat testimoni Lecithin, anda boleh klik DISINI. Jika anda ingin mencuba produk ini, boleh hubungi saya seperti berikut:

~NurFatin Raihanah Emelie Rosales~0193937880~nurraihanah20@gmail.com~Live a Healthy Life~

0 comments:

Post a Comment