Makan vitamin? Tak mauuu..nanti baby besar!!!

Assalamualaikum wbt..

  "Makan la vitamin2 ni..nanti bila bersalin nanti baby jadi besar, susah nak meneran, silap2 kena operate"....

  Pernah tak dengar ayat ni? Atau ibu2 diluar sana pernah terkena dengan ayat ni. Saya pernah..dan kerana ayat ni la saya memang culas makan vitamin..heheh..ikut mood saya, kalau saya rajin saya makan, kalau tak, vitamin sampai next followup pun masih tak habis2 (jgn tiru perangai saya ni ye..). Tambahan lagi bila kandungan saya da masuk 7bulan, org sentiasa tegur perut saya besar umpama menunggu hari..semua cakap baby saya besar atau saya mengandungkan twins..sebab takut kononnya baby besar dan tak nak operate, saya culas makan vitamin..in the end..saya tetap kena ceaser jg sebab baby breech..hehehe..nasib baik lah baby dalam keadaan yang sihat dan baby cuma berat 2.95kg je..


  Apa sebenarnya yang menyebabkan baby besar? Sebenarnya di Malaysia, purata berat baby adalah dlm 3kg bergantung kepada jantina baby tersebut. Kebiasaannya baby lelaki lebih berat jika dibandingkan dengan baby perempuan. Jadi, kategori berat mcmana pula yang kita katakan baby besar?

  Bayi baru lahir yang mempunyai anggaran berat 4kg dan keatas dikategorikan sebagai besar. Ia juga dikenali sebagai baby Macrosomia (baby besar). Kita cuma hanya akan tau baby kita besar atau tidak selepas baby itu dilahirkan kerana melalui scan pun doktor tidak dapat mendapat anggaran yang tepat berapa berat bayi dalam kandungan kita.

  Apa penyebab bayi besar?  Jom tengok cek list dibawah:
  • adakah anda juga dilahirkan besar waktu bayi?
  • adakah anda mempunyai diabetes dan darah tinggi ketika hamil
  • adakah pertambahan berat badan anda begitu mendadak ketika hamil
  • adakah anda mempunyai BMI (Body Mass Index) yang tinggi ketika hamil
  • adakah kandungan anda melepasi EDD anda (Expected Due Date)
  • adakah anda mengalami kenaikan badan diantara tempoh kehamilan2 anda?
  • adakah jantina bayi yang dikandung itu adalah lelaki?
  • adakah anak2 anda yang sebelumnya juga dilahirkan besar?
  Jika jawapan bagi semua soalan diatas adalah YA, maka kemungkinan bayi dalam kandungan juga besar.  Walaupun umumnya bayi yang besar ini tidak dikaitkan dengan masalah kesihatan, namun rata2 wanita hamil ingin mengelakkan dari melahirkan bayi yang besar kerana takut dengan koyakan perinum yang lebih besar atau bahu bayi yang tersangkut dan masalah2 lain lagi.  

  Kebiasaannya apabila doktor menganggarkan bayi dalam kandungan adalah besar, doktor akan mengesyorkan agar kelahiran ceaserian dijadikan pilihan untuk mengurangkan risiko pada bayi dan juga ibu. Tapi ini juga terpulang pada persetujuaan ibu tersebut.  Ada kemungkinan doktor akan mengesyorkan agar ibu melahirkan bayi tersebut dari tarikh EDD sebenar terutamanya jika ibu tersebut mempunyai diabetes.

  Yang pasti setiap kehamilan itu unik. Ada yang bayi besar tp mudah bersalin. Ada yang sepanjang tempoh kehamilan dilalui dengan mudah, tetapi proses bersalinnya sukar. Ada yang teruk morning sickness, tetapi sewaktu kelahiran mudah. Kesimpulannya setiap org ada pengalaman bersalin yang berbeza2 dari saat kehamilan sampai la proses bersalin.

  Jadi..bukanlah vitamin yang menyebabkan bayi besar ye..:) Ia bergantung pada masalah yang saya sertakan diatas.  Vitamin hanya pengisi ruang kosong terhadap nutrien yang kita tidak perolehi daripada makanan harian kita. Vitamin juga untuk membantu perkembangan bayi dalam kandungan. InsyaAllah, jika kita meneruskan cara pemakanan yang sihat, mengambil vitamin yang sepatutnya, tawakal dan istiqamah pada Allah, proses bersalin kita akan lancar..jadi, tak perlu takut2 nak makan vitamin ye :)

  Untuk mendapatkan vitamin kehamilan boleh klik DISINI


0 comments:

Post a Comment