Kenalpasti 8 Tanda-Tanda Hampir Bersalin

Assalamualaikum wbt..

  Mengandung merupakan saat yang paling indah kepada seorang wanita. Apatah lagi bila si kecil sudah mula menunjukkan respon didalam perut kita bila kita berkomunikasi dengannya. Pasti ibu akan excited menantikan kelahiran si manja yang selama ini berada 9 bln dlm kandungan. Untuk first time mother, hari ini saya ingin berkongsi 8 tanda yang mama perlu alert di hujung2 kehamilan.

  Apakah 8 tanda-tanda hampir bersalin??

1.  Engaged ( atau pun baby sudah masuk laluan)
Apabila kita pergi checkup, doktor akan maklumkan kepada kita samada kepala baby dah engaged atau belum. Untuk first time mother, selalunya baby akan engaged awal 2-4minggu sebelum EDD :) dan pastinya mama akan terasa bahagian atas perut 'kosong' dan semakin berat ke bawah. Masa ni ramai akan tegur 'perut da turun ke bawah, tak lama lagi nak bersalin la tu' betul tak? ^_^

2.  Kerap Membuang Air Kencing
Ketika bayi sudah masuk laluan, kepala bayi akan berada terlalu dekat dengan pundi kencing dan akan menekan pundi kencing..orang tua2 cakap kalau makin kerap kencing tu, rambut baby lebat..iye ke? hehe..

3.  Sakit Belakang dibahagian pinggang ke bawah
Ligamen rahim dan pelvis semakin merengang untuk proses kelahiran nanti dan baby juga semakin berat dibahagian bawah.

4.  Kontraksi Braxton-Hicks
Perut mula mengeras pada waktu2 tertentu dan kadangkala rasa seperti senggugut ketika datang bulan. Kontraksi pra-kelahiran ini tidaklah sekuat dan sekerap kontraksi sebenar ketika kelahiran nanti. Biasanya ibu merasakan ketidakselesaan atau kesakitan ini dengan menukar posisi contohnya kalau ketika itu anda sedang berdiri, cuba duduk atau baring

5.  Cirit-birit
Hormon kelahiran juga dipercayai dapat bertindak pada usus dan boleh menyebabkan kekejangan abdomen. Hormon kelahiran juga boleh membuatkan anda loya.

6. Keputihan
Ini adalah simptom yang paling common berlaku apabila kelahiran semakin dekat.

7. Keluar lendir pekat dan pendarahan (show)
Kepala baby turun dalam rongga pelvis boleh menyebakan pluk mukus tertanggal. Pluk Mukus ini menghalang sebarang kemasukan bendasing kedalam serviks dan menghalang sebarang jangkitan kuman kepada baby.

8. Pecah Ketuban
Hanya 1 dari 10 ibu hamil yang mengalami kebocoran air ketuban sebelum kelahiran. Bagi ibu yang telah pecah ketuban, sebaiknya segera ke hospital lebih2 lagi jika air ketuban berwarna merah atau hijau kerana dikhuatiri baby mungkin lemas atau mendapat jangkitan.

  Jadi ibu2 diluar especially for first time mother, pastikan anda kenalpasti tanda2 ini ye..Jika anda menunjukkan tanda2 ini, teruslah ke hospital bagi untuk pemeriksaan selanjutnya.





0 comments:

Post a Comment