Diabetes Ketika Hamil..risikonya pada kandungan anda?

Assalamualaikum wbt..

  Bagi ibu2 hamil, anda pasti pernah dengar masalah kencing manis ketika hamil. Ia dikenali juga sebagai 'Gestational Diabetes'. Gestational Diabetes semasa hamil berlaku apabila paras glukos dalam darah ibu melebihi paras normal.  Namun keadaan ini hanya berlaku ketika hamil, selepas hamil paras glukos tersebut akan kembali normal selepas bersalin.  Walaupun diabetes semasa hamil akan pulih selepas bersalin, ibu2 yang pernah mengalami keadaan ini, anda perlu pantau kesihatan anda selepas bersalin kerana kemungkinan untuk menghidapi kencing manis tahap dua ( Type 2 Diabetes Mellitus ) pada kemudian hari.

  Bagaimana ibu hamil boleh mengalami Diabetes? Pankreas dalam tubuh kita akan menghasilkan hormon yang dipanggil insulin yang dapat membantu glukos dalam darah untuk masuk dalam sel untuk digunakan atau disimpan.  Apabila seseorang wanita hamil, plasenta akan menghasilkan hormon yang dapat membantu untuk tumbesaran dan perkembangan bayi.  Hormon tersebut menyebabkan sel2 ibu menjadi kalis terhadap insulin dan menyebabkan ia kalis insulin. Atas sebab itu, pankreas ibu perlu bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak insulin bagi mengatasi masalah sel kalis terhadap insulin.  Jika persediaan pankreas adalah bagus, insulin yang dihasilkan akan meningkat untuk memenuhi keperluan si ibu.  Bagaimanapun jika pankreas tidak mampu menampung pengeluaran insulin, paras glukos dalam darah akan meningkat dan diabetes semasa hamil akan berlaku selepas itu.  

  Diabetes semasa hamil biasanya bermula selepas tiga bulan hamil kerana plasenta telah membesar dan menghasilkan lebih banyak hormon.  Kepada ibu2 yang menghidap diabetes sebelum kehamilan bermula, penyakit diabetes akan lebih melarat dan si ibu tersebut memerlukan lebih banyak rawatan dan ubat-ubatan.  

  Siapakah yang berpotensi menghidap diabetes ini? Semua wanita hamil mempunyai potensi menghidap diabtes dan kebanyakan wanita yang menghidap penyakit tersebut tidak mempunyai faktor risiko.  Bagaimanapun sesetengah wanita berisiko tinggi untuk mendapatkannya.  Antara yang berisiko mendapat diabetes ketika hamil:

  • Wanita hamil berumur lebih 35 tahun
  • ada sejarah ahli keluarga yang menghidap diabetes peringkat awal atau menghidap diabetes semasa kehamilan terdahulu
  • Berat badan sebelum hamil melebihi 80kg
  • ibu yang pernah bersalin dengan berat bayi melebihi 3.5kg juga berisiko tinggi begitu juga wanita yang hamil kembar atau hydramnions.

Simptom

  Sesetengah wanita yang menghidap diabetes semasa hamil akan mempunyai simptom diabetes seperti berat badan melebihi 80kg, kehadiran gula dalam air kencing, berat naik mendadak dan mempunyai faktor2 seperti diatas.  Oleh itu, pemeriksaan diabetes semasa hamil menjadi rutin pemeriksaan hamil dari 22 mingu ke 24 minggu kelahiran di kebanyakkan klinik.

Risiko

Antara risiko yang mungkin dialami oleh wanita yang mengalami diabetes ketika hamil adalah:
Diabetes semasa hamil boleh menyebabkan bayi lahir besar

  • kematian bayi dalam kandungan walaupun selepas dua bulan hamil
  • bayinya menjadi besar (macrosomia) membawa kepada masalah kesukaran untuk bersalin
  • bayi yang mempunyai saiz yang melebihi 4kg akan mendapat risiko kecedaraan bahu semasa proses bersalin (shoulder dystocia)
  • aras glukos dalam darah yang tinggi membuatkan bayi menghasilkan lebih banyak insulin menyebabkan hypoglycemia berlaku kepada bayi setelah dilahirkan dan bayi memerlukan penyusuan yang kerap
  • menghidap pre-eclampsia (mempunyai tekanan darah tinggi dan berlebihan protien dalam kencing)selepas empat bulan hamil.
  • mendapat jangkitan seperti vaginal moniliasis (jangkitan faraj) atau jangkitan pada luka yang menyebabkan lambat untuk pulih
  • 50% peratus daripada wanita hamil boleh menghidap diabetes kedua kemudian hari.
Rawatan

  Tujuan merawat diabetes semasa hamil adaah untuk mengekalkan paras glukos dalam darah kepada normal.  Wanita mengandung yang mempunyai diabetes semasa hamil perlu menjalani ujian glukosa darah sebelum waktu sarapan (puasa), sebelum makan tengahari, sebelum makan malam dan dua jam selepas makan malam. Keputusan paras glukos perlu dibuat dua minggu sekali atau sebulan sekali.  Ibu yang mengalami gestational diabetes perlu mendapatkan nasihat pemakanan daripada pakar pemakanan dan jika paras glukos diluar kawalan, mereka perlu mendapat rawatan insulin.

Artikel Penuh: Utusan.Com.My

Pencegahan

  Memandangkan sesiapa sahaja boleh menghidap diabetes ketika hamil, gaya hidup yang sihat sebelum kehamilan dapat membantu. Jika anda mengalami masalah yang sama pada kandungan yang sebelumnya, pekara2 dibawah mungkin boleh mengurangkan risiko untuk mendapat gestational diabetes:
  • Makan Makanan yang sihat - lebihkan makanan yang kandungan seratnya tinggi, rendah lemak dan kalori. Banyakkan makan buah dan sayuran.
  • Sentiasa aktifkan diri - contohnya berjalan kaki
  • kurangkan berat berlebihan sebelum merancang untuk hamil
Kredit :  MayoClinic

  Sekiranya ibu2 yang mengalami masalah diabetes ketika hamil ingin bercadang mengambil suplemen, kami cadangkan Set J a.k.a Eu-Four Set.

  Ingin mendapatkan lebih banyak tips dan info kehamilan, penyusuan, berpantang, kecantikan, kesihatan anak dan keluarga, jangan lupa LIKE fan page saya di Live a Healthy Life ( Cahaya Hati Umi ).






0 comments:

Post a Comment